Saturday, February 18, 2012

di sebalik nama

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ini banyak nama-nama yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka yang boleh dikira sangat pelik dan susah nak sebut sampai terbelit-belit lidah kita nak menyebutnya. Itu belum lagi nama yang panjang-panjang sehingga untuk nama anak sahaja sudah penuh satu baris buku, nama anak sahaja belum nama bapanya lagi.

Tak kurang juga yang menjadi kegemaran sekarang ini mengabungkan nama ayah dan nama ibu dan jadikan satu nama. Untung kalau nama ayah dan ibunya boleh digabung dan menjadi sedap kita nak menyebut. Cuba kita bayangkan sebagai contoh kalau nama ayahnya bahari dan nama ibunya pula rusmah jadi bila nak mengabungkan nama untuk di beri pada anak pula di ambil nama ayah pada pangkal dan nama ibu juga di ambil pangkal jadi lah BARUS!. Erk..pelik bukan kalau anak di beri nama begitu?

Dalam keluarga saya juga tak ketinggalan untuk mengabungkan nama-nama ini,tapi bukan dari nama ayah dan ibu saya ianya dari nama nyai(nenek dalam bahasa jawa) dan mak saya dan abah mengambil huruf depan sahaja iaitu Z(Zainab) dari nyai saya dan A(Azizah) dari mak saya. Oleh itu, kesemua adik-beradik saya(lelaki) namanya akan bermula dengan A dan selepas itu adalah huruf Z. dalam ramai-ramai adik-beradik saya punya nama adalah yang paling pendek Ahmad Zaki 9 huruf dan yang lain semuanya lebih dari 9 huruf.

Maksud dari nama saya zaki banyak yang orang tersilap tafsir, kerana mereka meyangka nama saya dalam bahasa arab ialah dari huruf Dzal (huruf selepas huruf Dal) yang bermaksud cerdik. Sebenarnya nama saya dalam bahasa arab bermaksud suci/bersih yang pangkal hurufnya adalah huruf Zai (huruf selepas huruf Ro). Tapi tak mengapa kerana kedua-duanya adalah nama yang baik dan moga-moga termakbullah apa yang mereka sangkakan tafsirkan itu..amin..

Sekian..= )

p/s : sekarang sudah tak ada nama-nama klasik seperti melur,kuntum,mawar dan sebagainya.





5 comments:

  1. bukan ke huruf selepas ro adalah zai??

    ReplyDelete
  2. ops..ok..da di betulkan..tq kerana menegur.

    ReplyDelete
  3. bile stalk entry kau ni teringat haritu aku bace name anak murid aku,

    Qareena Qirasha Qadeeja binti *tak tahu*

    panjang kan name dye haha.
    belit-belit aku nak sebut mule-mule plus terkejut jugak ade name sepanjang ni. haha :))

    btw, menarik haha ;p

    ReplyDelete
  4. hahaha..panjang n terbelit2 lidah nak sebut..
    menarik?hehehe..tq..= )

    ReplyDelete