Assalamualaikum..
Siapa tahu maksud adil? Apa
sebenarnya adil ni?penting ke adil?
Yang penting bukan nama orang yang bernama adil yang saya nak cakap
(ada ke orang nama adil?)
Adil ialah lawan bagi zalim. Adil bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Jadi
sesuatu yang tidak diletak sesuai dengan tempatnya adalah dikira tidak adil dan
zalim.
Saya sering kali dengar perbualan atau kenyataan yang menunujukkan bahawa
mereka ini telah salah faham dalam pengertian maksud adil. Kita perlu ingat
bahawa adil bukanlah kita mendapat sesuatu itu sama banyak, bukan juga
bermaksud kita dapat apa yang orang lain dapat.
mari kita lihat contoh berikut :
jika anda nak dapat hak yang sama, itu kita namakan sama rata
jika anda nak adil,kita perlu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Petikan Hadis dari Abu Hurairah
Maka pada saat itu bertekuk
lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: (Yang bermaksud) Disini
kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk
menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua
makhlukNya. Dan antara
binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak
bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian
diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang
kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah
s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.
Di akhirat
nanti, tiada lagi kezaliman, tiada lagi penganayaan, malah tiada lagi penipuan
kerana di’sana’ nanti kita di adili oleh yang MAHA ADIL!
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment