Monday, January 14, 2013

yang hilang pasti akan berganti



Assalamualaikum..
Abul Hasan Madaini R.Alaihi berkata bahawa Saidina Hasan R.hu, Hussin R.hu dan Abdullah ibnu Jaafar R.hu sedang dalam perjalanan untuk menunaikan Haji. Dalam perjalanan untuk menunaikan ibdah Haji unta yang membawa bekalan telah terpisah dari kafilah mereka. Akibatnya, mereka terpaksa berjalan dalam keadaan lapar dan dahaga.

Apabila melalui sebuah khemah yang didiami oleh seorang perempuan tua mereka bertanya kepadanya. “adakah ibu ada apa-apa yang boleh diminum (samada susu atau air) ?” perempuan itu menjawab “Ada” kemudian, mereka telah turun dari unta mereka. Perempuan tua itu mempunyai seekor kambing betina yang lemah dan kurus.



Dia telah memberi isyarat kepada mereka sambil berkata “keluarkanlah susunya dan minumlah sedikit-sedikit” mereka telah memerah dari kambing tersebut dan meminumnya. 

Mereka bertanya “ adakah apa-apa untuk dimakan?” perempuan tua itu menjawab “kamu sembelihlah kambing itu dan aku akan memasak dagingnya” mereka pun menyembelihnya dan dia telah memasak dagingnya. Mereka semua makan dan minum sehingga dan kenyang.

Pada sebelah petang apabila mereka hendak berangkat, mereka berkata kepada perempuan itu “kami berbangsa hasyimi, kini dalam perjalanan untuk menunaikan haji. Jika kami masih hidup dan selamat pulang ke madinah, ibu hendaklah datang ke madinah, maka kami akan membalas ihsan ibu”. Setelah berkata demikian mereka pun berangkat.

Sementara itu suaminya telah pulang dari perjalanan. Dia pun menceritakan mengenai tetamunya yang berbangsa hasyimi. Suaminya sangat marah dan berkata. “untuk orang-orang yang tidak kamu kenali kamu telah sanggup sembelih kambing?

Setelah berlalu masa yang agak panjang, mereka berdua terdesak oleh kemiskinan dan pergi ke Madinah untuk mencari pekerjaan. Sampai di Madinah, mereka sepanjang hari mengutip tahi unta (yang digunakan sebagai bahan bakar untuk dapur) dan pada waktu petang mereka menjualnya dan medapat sedikit rezki.

Satu ketika, sembil mengutip tahi unta perempuan tua itu kebetulan telah melalui jalan hadapan rumah saidina Hasan R.hu ketika itu sedang berdiri di hadapan rumahnya. Beliau telah melihat perempuan tua ini dan mengenalinya lalu memangilnya. Saidina Hasan R.hu bertanya “Wahai Hamba Allah! Apakah kamu masih mengenali saya?” perempuan tua itu menjawab “tidak, saya tidak kenal tuan”

Beliau berkata “akulah tetamu kamu yang telah minum susu kambing dan makan daging kambing kamu” namun perempuan tua itu masih tidak mengecam muka Saidina Hasan R.hu “demi Allah! Apakah benar tuan adalah orang itu?”  beliau menjawab, “Ya saya, tiada syak lagi” kemudian beliau mengarahkan hambanya untuk membeli seribu ekor kambing untuk perempuan tua itu beserta seribu dinar asyrafi kepadanya.

Seterusnya, beliau telah menghantar perempuan itu kepada adiknya Husin R.hu bersama seorang hambanya. Husin R.hu terlebih dahulu bertanya kepada perempuan itu apakah yang telah di beri oleh abangnya. Beliau juga memberi  seribu ekor kambing untuk perempuan tua itu besarta seribu dinar asyrafi kepadanya.

Selepas itu, beliau telah menghantar kepada perempuan itu kepada Abdullah ibnu Jaafar R.hu . beliau telah menyiasat apakah yang diberi oleh kedua beradik tadi, lalu beliau telah memberi dua ribu ekor dan dua ribu dinar sambil berkata “  jika kamu datang lebih awal maka sudah pasti kamu akan dapat lebih banyak lagi”.



Perempuan tua itu menemui suaminya dengan membawa empat ribu ekor kambing dan empat ribu dinar asyrafi. Perempuan itu berkata “ inilah balasan untuk seekor kambing yang dhaif dan kurus” (IHYA)

Sekian.. = )

No comments:

Post a Comment