Assalamualaikum..
Hari ini saya
keluar awal ke tempat kerja sebab nak singgah bank keluar kan duit sedikit,
kebetulan bank saya itu satu jalan dengan sekolah bila keluar awal pagi tadi
terjebaklah juga dengan kesesakan di depan sekolah. Ramai sungguh pelajar yang
masing-masing berbaju putih melangkah masuk ke pintu sekolah.
Dalam tak sedar
sudah hampir lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan,lima tahun jugalah
saya sudah tidak kena bangun awal,masuk kelas dari pagi sampai ke tengah
hari,petang kena pergi sekolah agama/kelas persedian dan tiada lagi hari
sukan.hee..
Eh, bukan nak
cerita pasal sekolah pun kali ini. Sebenarnya saya pernah di ingatkan dengan
satu ungkapan “ kita kena sentiasa taubat dan istighfar” sebab apa? Sebab kita
mungkin dalam sedar dan sengaja telah membiarkan diri kita tidak berada tempat
yang sepatutnya kita berada.
Sebagai contoh,
masa kita masuk ke dalam masjid. Hak yang sepatutnya kita tunaikan ketika itu
ialah tunaikan solat tahyatul masjid dua (2) rakaat jika ada majlis kita boleh
gantikan solat kita itu dengan tasbihat sebanyak empat (4) kali tetapi di
sebabkan kemalasan dan kelemahan iman kita. Kita tak buat pun sedap sahaja
terus duduk dalam masjid.
Bukan salah atau
berdosa pun jika kita tak buat Cuma kita sekarang ini nak bercakap tentang hak,
maka inilah hak yang sebenarnya yang perlu kita lakukan. Antara lain ialah hak
kita dengan al-quran. Menurut Imam Abu Hanifah setiap orang perlu tunaikan hak
terhadap al-quran iaitu mengkhatamkan Al-Quran setahun dua (2) kali.
Sebab itulah kita
kena belajar dan biasakan diri kita dengan untuk istighfar seratus kali pagi
dan seratus kali petang dan solat taubat
sekali sebagai tanda kita mengaku yang kita ini lemah dan tak mampu nak
tunaikan hak yang sepatutnya kita tunaikan.lebih banyak lebih bagus.
Rasulullah
bersabda :
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh
salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari.
Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah)
adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap
takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah,
dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua
rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment