Friday, January 11, 2013

Ya Allah..rahmatilah kami.



Assalamualaikum..


Hari ini balik rumah lambat , sengaja balik lambat sebab ada kerja yang perlu dibuat. Sampai di rumah  selesai mandi sambil-sambil rehat saya buka akaun facebook. Pelik..banyak pula notification yang muncul, isi dalam wall pun kali ini lain.

Allah..huu..sedih sangat..rasa sebak je hati ini..

Seorang sahabat saya ketika belajar di Maahad baru sahaja di jemput menghadap ilahi pada awal pagi jumaat jam 4 pagi tadi. Di khabarkan beliau tergelincir dalam bilik dan kepalanya terhantuk katil. Walaupun hanya dapat mengenali beliau beberapa bulan sahaja pemergian beliau turut terasa dan berbekas di hati.

Al-Fatihah buat arwah..semoga dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.




Mohamad Afham bin Jumat
(SMA Bandar Tenggara 03-07, Maahad Johor 08, UIAM 09-13)

Dalam sunan tirmidzi dan Ibnu Majah: Daripada Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu  Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda ;

Orang yang cerdik ialah dia yang menahan nafsunya dan beramal untuk kehidupan akhiratnya dan adapun orang yang lemah (bodoh) adalah dia yang mengikut hawa nafsu nya namun berharap dan banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh).





Setiap kita tahu tarikh lahir kita malah tidak sabar untuk menyambut kedatangan tarikh tersebut akan tetapi tarikh kematian tiada seorang pun tahu dan jarang orang bersedia dan membuat persiapan terhadap tarikh yang pasti akan datang itu.


p/s : buka profile beliau, ruangan wall penuh dengan doa dan pujian. Alhamdulillah.
 



Sekian..= )


No comments:

Post a Comment