Assalamualaikum..
Di riwayatkan oleh Baihaqi dan ibnu Asakir
dari Abu Rafi katanya :
Umar Al-Khatab R.hu telah mengirim satu
pasukan ke Romawi dan di antara mereka terdapat seorang sahabat Rasulullah Solallahu ‘Alaihi
Wassalam yang bernama Abdullah bin Hudzafah R.hu. Ketika berada di Rom pasukan yang
dikirim oleh Umar Al-Khatab R.hu
telah di tangkap dan di hadapkan kepada Raja Rom.
Raja Rom telah diberitahu bahawa terdapat sahabat
Rasulullah Solallahu ‘Alaihi
Wassalam dalam pasukan tersebut dan memanggil Abdullah bin Hudzafah R.hu dan berkata “mahukah kamu selamat dan aku
akan membagi separuh kekuasaan dan kerajaanku kepadamu?”
Abdullah bin Hudzafah R.hu menjawab “ Jika engkau memberiku seluruh yang kau miliki dan
seluruh yang di kuasai oleh orang-orang arab dengan syarat aku meninggalkan
agama Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam, maka sesekali aku tidak akan
melakukan walaupun sekelip mata!”
Kata raja Rom “kalau begitu aku akan
membunuhmu” jawab Abdullah bin Hudzafah R.hu “itu hakmu”
Lalu raja memerintahkan tentaranya untuk menyalib Abdullah bin
Hudzafah R.hu dan mengarahkan pemanah-pemanahnya “panahlah
dia dekat dengan kedua kaki dan tangannya (dengan maksud untuk
menakut-nakutkan).
Selain itu raja Rom juga mendesak Abdullah bin Hudzafah R.hu untuk memeluk agama Nasrani akan tetapi
tawaran itu telah ditolak oleh Abdullah bin Hudzafah R.hu. Selanjutnya, Raja Rom itu telah mengarahkan supaya di sediakan
tempayan besar dengan dituang air kedalamnya dan dipanaskan sehingga mendidih
lalu dipanggil dua orang tawanan yang lain untuk memasukkan salah seorang
kedalam tempayan tersebut dengan tujuan supaya Abdullah bin Hudzafah masuk
kedalam agama Nasrani.
[gambar Hiasan] |
Akan tetapi Abdullah bin Hudzafah R.hu tetap menolak, akhirnya raja Rom tersebut
mengarahkan supaya Abdullah bin Hudzafah R.hu sendiri di masukkan kedalam tempayan
besar tersebut. Ketika dia dibawa ke tempayan Abdullah bin Hudzafah R.hu mula menangis. Pihak tentera telah
melaporkan perkara ini kepada Raja.
Pada itu Raja mengira bahawa Abdullah bin Hudzafah R.hu sudah mula berasa takut dan memanggil
semula Abdullah bin Hudzafah R.hu untuk mengajak masuk ke agama Nasrani. Jawapan
Abdullah bin Hudzafah R.hu tetap sama sehingga raja bertanyan “Jadi,
apakah yang menyebabkan kamu menangis?”
Kata Abdullah bin Hudzafah R.hu “yang menyebabkan aku menangis kerana aku
berkata kepada diriku sendiri ; seandainya kamu dilemparkan kedalam tempayan
itu kamu akan segera lenyap,seandainya setiap helai bulu yang ada di badanku
menjadi nyawa maka akan ku gunakan(satu-persatu) untuk membela agama Allah”
Mendengar itu raja menukar fikiran dan berkata “apakah engkau mahu
mencium kepala aku dan aku akan membebaskan kamu?” Abdullah bin Hudzafah R.hu “juga seluruh tawanan muslim?” raja membalas “dan
seluruh tawanan muslim”
Kata Abdullah bin Hudzafah R.hu kepada dirinya “ Dia adalah musuh di antara
musuh-musuh Allah tidak mengapa aku mencium kepalanya asalkan tawanan muslim
yang lain dapat di bebaskan”
Lalu Abdullah bin Hudzafah R.hu menghampiri raja dan mencium kepalanya. Kerana
ciuman Abdullah bin Hudzafah R.hu semua tawanan muslimin telah dilepaskan.
Apabila kembali kepada Umar Al-Khatab R.hu, Abdullah bin Hudzafah R.hu telah menceritakan apa yang berlaku. Umar Al-Khatab R.hu berkata “ Wajib bagi setiap orang islam
untuk mencium kepala Abdullah bin Hudzafah R.hu dan aku yang paling dahulu melakukannya”.
[ Kanzul Ummal(7/67)- Al-Isabah (2/297) ]
p/s : bila seseorang mencintai seseorang, dia
akan mengingatinya sebanyak-banyaknya
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment