Assalamualaikum..
Bila kita berwudhu’ untuk mengangkat hadas kecil maka
air adalah sumber utama untuk kita berwudhu’ sekaligus kita dapat melakukan ibadah
seperti solah,tilawah Al-Quran dan lain-lain ibadah. Dalam islam air telah
dikategorikan dengan beberapa bahagian antaranya ialah :
1)
Air
yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) AIR MUTLAK
Air mutlak ini sifatnya ialah suci dan menyucikan,boleh
digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. Antara jenis air mutlak
i.
Air hujan.
ii.
Air embun.
iii.
Air laut.
iv.
Air sungai.
v.
Air perigi.
vi.
Air mata air.
vii.
Air Salji.
b) AIR
MUSYAMMAS:
iaitu
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Dek kepanasan air
ini akibat di jemur di tengah panas. Makruh digunakan pada badan sahaja kerana
takut akan menjejaskan kulit tetepi boleh di gunakan untuk pakaian.
Sabda
Rasullah sollahhu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
2)
.
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada
dua:
a) AIR MUSTA'AMAL:
(a) Air yang telah
digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil
denngan kata lain air ini boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk
menyucikan sesuatu.
(b) #Jika dihimpunkan
air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan
menyucikan.
b) AIR MUQAYYAD:
(a) Air
yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya
(warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti
air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
3)
Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang
terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
a)
Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena
benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan
bau) atau tidak.
b)
Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah
sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
- Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
- Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
- Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
- Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
terjumpa ini,satu rumusan yang membantu insya allah..
sumber :
sekian.. = )
No comments:
Post a Comment