Assalamualaikum..
Sudah hampir
seminggu masa berlalu,sekarang saya tidak lagi bekerja di Pelaburan Johor
Berhad(PJB). Awal-awal masuk sana sahaja sudah riuh mana tidaknya salah seorang
dari pengurus di sana juga mempunyai nama yang sama dengan saya Cuma nama bapak
sahaja yang berbeza. Saya Ahmad Zaki bin Md. Khudzari beliau pula Ahmad Zaki
bin Johor. Panggil zaki sahaja pasti keduanya menyahut nak panggil nama penuh
macam panjang sangat saya pun jarang orang panggil nama penuh saya. Hanya beberapa
orang sahaja.
Mula-mula mereka
nak panggil saya mat sahaja supaya bolehlah nak bezakan antara saya dengan
pengurus berkenaan tetapi oleh kerana di PJB kami berinteraksi dengan pelabur
yang kadang-kadang bertanya nama kami untuk memudahkan urusan maka dari mat
berubah juga menjadi zaki tetapi ditambah sedikit dihujung Jr. jadilah Zaki Jr.
Okay,ingat sudah
habislah masalah nama panggilan untuk saya rupanya timbul juga masalah di
kalangan staff yang susah nak bezakan nama saya(tak lekat juga nama tu) dan
pada suatu petang kami ada perjumpaan taklimat kepada staff-staff yang terlibat
dengan penebusan saham di PJB. Ketika Kak Anis tengah syok terangkan
perkara-perkara penting tiba-tiba terpacul
dari mulut beliau “hei,ustaz dengar ni (kantoi tak focus masa dia bagi
taklimat)” masa tu semua mata mencari siapalah gerangan ustaz yang kak Anis
panggil. Sejak dari itu semua panggil saya ustaz.huhu.. (- . -)
Ingat bila di
Jcorp orang akan panggil saya dengan nama zaki sahaja tetapi tetap melekat juga
nama ustaz ni.hurm..rasa segan pula bila orang panggil macam tu sebab akhlak
dan perangai tak melambang langsung dengan nama yang di panggil.
Saya ada nama
panggilan lain juga,lain kali ada masa saya cerita.
Sekian.. = )
Cerita laa pengalaman masa kecik plak..
ReplyDeletehurm..akan di pikirkan..hee
Deleteustaz cite sket sal kisah nabi pakai kurta hehe..dan wangi-wangian nabi
ReplyDelete