Assalamualaikum..
Saya ada amalkan satu doa bila sudah selalu baca jadi
bacaan doa itu saya baca dengan cepat dan laju tahu-tahu sahaja sudah habis
baca hehe. Bila banyak waktu terluang di rumah ini cuba-cubalah cari doa yang
saya selalu amalkan, saya dapat jumpa tetapi..terkejut besar saya oleh kerana
terlalu cepat saya baca doa itu jadi tidak lengkap dan ada ayat yang saya tak
baca(patutlah rasa ada macam tak kena sahaja semenjak dua menjak ini)
Ini doanya..
Kegunaan?cari sendiri bole?.malulah pula nak list kat sini
takut nanti orang salah anggap pula.maaf ye.
sekian..= )
Harap ada pencerahan utk makna dan kelebihan doa ini..kalau sekadar tulis tapi memberikan tanda tanya akan lebih mengelirukan..bukan malas nak mencari tp lebih elok bertanya terus pd si pengamal doa ini...
ReplyDeleteSekian tuan ...
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
ReplyDelete2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
Fadhilat Bismillah 6
1. Penerang hati.
2. Meluaskan rezeki.
3. Air laut boleh menjadi tawar.
4. Terselamat dari karam di laut.
5. Makbul segala hajat dan cita-cita.
6. Menghindari dari segala penyakit.
7. Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
19. Terselamat daripada binatang buas.
20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
setiap amalan bergantung pada keyakinan pengamalnya...
terima kasih kepada yang membantu letak kan makna dan kelebihan..
Deletemaaf,saya tak ada maksud nak kelirukan orang pun.cuma nak elakkan sesuatu yang boleh saya elakkan..itu sahaja.
makna dan fadhilat di atas betul dan boleh dipercayai.