Wednesday, November 14, 2012

gunakanlah saya



Assalamualaikum..


Hari ini nak cerita mengenai kisah pencerobohan makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.

Sultan Nuruddin Rahmatullah “Alaih ialah seorang pemerintah yang adil dan sangat takwa orangnya yang menghabiskan kebanyakkan daripada malamnya dengan solat khas,tafakur dan zikrullah. Beliau adalah seorang wali yang malam-malamnya di habiskan dengan beribadat.
Selepas melakukan solat tahajjud suatu hari beliau pergi tidur dan di dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. yang menunjukkan ke arah dua orang yang bermata juling dan berkata “Lindungilah aku daripada kedua-kedua orang ini”

Sultan terbangun dengan keadaan sedih. Beliau mengambil wuduk dan melakukan solat nafil sebelum beliau kembali semula ke tempat tidur. Baru sahaja beliau tertidur beliau terlihat lagi mimpi yang sama , sekali lagi beliau bangun melakukan melakukan solat nafil dan kembali tidur semula akan tetapi ketika beliau ingin menutup mata sahaja beliau terlihat lagi mimpi yang sama buat kali yang ketiga. Pada kali ini beliau bangun dari tempat tidur dan sedar bahawa tiada masa untuk beliau untuk tidur.

Dengan tergopoh gapah beliau memanggil wazirnya, Jamaluddin yang juga seorang yang bertakwa. Setelah menceritakan mengenai kisah tersebut wazir sultan itu pun berkata ” sekarang tidak ada masa, mari kita segera ke Madinah dan jangan seorang pun di beritahu mengenai mimpi ini”

Persediaan pun di buat. Sultan Nuruddin dan wazirnya berangkat ke Madinah bersama-sama dengan dua puluh orang pilihan dan unta yang pantas berjalan yang dibebani dengan barang. Mereka mengembara dengan pantas siang dan malam. Pada hari yang ke 16 mereka sampai ke Madinah daripada Mesir. Di luar mereka membersihkan diri mereka dengan penghormatan dan rendah diri datang ke masjid untuk mendirikan solat di Raudah.

Di sana itu Sultan duduk berfikir dengan mendalam tidak tahu apa yang perlu dibuat. Manakala wazirnya telah membuat hebahan bahawa Sultan Nuruddin telah datang untuk ziarah dan ingin membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk Madinah. Beliau juga telah menguruskan persiapan untuk membuat kenduri besar yang mana seluruh penduduk Madianh di jemput .

Semua penduduk Madinah telah datang untuk mendapatkan hadiah. Sementara hadiah dibahagikan Sultan telah berdiri untuk memperhatikan muka-muka orang yang datang mengambil hadiah yang di agihkan. Telah ramai penduduk Madinah yang mengambil tetapi Sultan masih tidak dapat mencari muka yang muncul dalam mimpinya itu.

Akhirnya, Sultan bertanya sama ada kesemua penduduk Madinah telah datang , maka di ketahuilah terdapat dua orang yang masih tidak datang untuk mengambil hadiah yang di agihkan. Beliau telah di beritahu bahawa dua orang yang tidak datang mengambil hadiah itu ialah orang yang soleh datang dari barat, mereka selalu memberikan banyak sedekah. Mereka tidak mengambil hadiah dari sesiapa dan tidak juga bercampur gaul dengan orang ramai malah mereka nampak seperti dua orang yang zuhud.

Maka Sultan pun memanggil mereka berdua untuk datang menghadap dan tatakala melihatnya segera beliau mengenali mereka. Merekalah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam dalam mimpi. Sultan bertanya kepada mereka ”siapa kamu?” mereka menjawab ”kami daripada barat, kami datang untuk mengerjakan haji dan sekarang kami datang ke sini sebagai jiran-jiran Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam dan dengan itulah kami ke sini.

Sultan telah berkata ” aku mahukan kamu memberitahuku perkara sebenar” sekali lagi mereka menegaskan kedatangan mereka seperti yang telah mereka katakan. Sultan telah bertanya dimana mereka tinggal dan diberitahu bahawa mereka mendiami sebuah rumah diluar masjid bersentangan dengan makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam, dengan itu Sultan pun memerintahkan mereka supaya dijaga sementara beliau dendir pergi menyiasat.

Sultan telah pergi ke rumah itu untuk menyiasat dan di rumah tersebut beliau menjumpai pelbagagai barang, harta, kitab-kitab dan sebagainya akan tetapi penyiasatan itu tidak menghasilkan sesuatu yang memeranjatkan yang boleh dihubungkaitkan dengan mimpinya.

Ini menyebabkan sultan berasa amat dukacita dan bimbang. Daripada segala arah, orang-orang datang untuk menjadi perantaraan bagi pihak mereka meminta untuk mereka di lepaskan dengan berkata ” mereka ini adalah dua orang soleh dan zuhud. Mereka berpuasa di siang hari dan bersolat sepanjang malam, melakukan solat di Raudhah, mereka menziarahi Baqi’setiap hari dan pada hari sabtu pula mereka akan menziarahi Masjid Quba, Mereka tidak menolak mana-mana peminta sedekah pun dan semasa musim kemarau dan kelaparan di Madinah, mereka membuat pertolongan yang sungguh simpati terhadap orang-orang Madinah”

Apabila Sultan mendengar ini, beliau menjadi bertambah dukacita, bimbang dan takjub. Beliau tidak tahu apa yang hendak di lakukan kemudian satu fikiran datang kepadanya bahawa beliau hendaklah mengangkat tempat solat mereka yang telah di hamparkan di atas lantai. Di bawahnya beliau mendapati sebuah batu yang sangat besar. Apabila beliau mengangkat batu tersebut, beliau menjumpai di bawahnya sebuah lubang yang telah di gali ke dalam tanah yang memanjang hampir kepada makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. Apabila orang-orang melihat perkara ini mereka telah terpegun kaku. Dengan mengeletar kemarahan Sultan mulalah memukul mereka dengan bertalu-talu dan berkata ”beritahulah perkara yang sebenar”

Akhirnya, mereka menyatakan kisah mereka yang sebenarnya bahawa mereka adalah orang-orang kristian. Seorang raja kristian yang tertentu telah memberi mereka harta yang banyak dan telah menjanjikan mereka harta yang lebih banyak lagi. Oleh itu, mereka telah menyamar diri sebagai orang-orang haji dan meneruskan perjalanan ke Madinah untuk memindahkan jasad Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. pada waktu malam mereka mengali lubang terowong, mengisikan tanah-tanah ke dalam beg dan menaburkannya di Baqi’.

Ketika mendengar kisah yang sebenarnya Sultan terus meraung dengan kuatnya mengucapkan syukur. Alllah dan RasulNya telah memilihnya untuk khidmat yang besar ini. Selepas itu beliau memerintahkan supaya dua orang kristian ini di bunuh. Kemudian beliau mengarahkan pembinaan parit-parit yang dalam sekeliling makam itu, parit-parit itu begitu dalam sekali sehingga pengali-pengali terpaksa menggali jauh mencapai paras air. Kemudian beliau mengisikan timah cair ke dalam parit-parit tersebut supaya seorang pun tidak dapat sampai kepada jasad Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam daripada bawah. (Wafaak)

LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Alangkah beruntungnya kita jika Allah pilih untuk jadi ’pembantuNya’  kerana Allah boleh pilih siapa sahaja untuk membantuNya dalam urusan agama sepertimana Allah memilih burung hud-hud dalam usaha dakwah Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.



Esok sudah masuk bulan muharam,petang ini pasti tiap masjid akan buat bacaan doa akhir tahun sebelum masuk maghrib dan selepas solat maghrib imam akan baca doa awal tahun. Setahun sudah masa berlalu jadi dalam doa yang kita  baca nanti agar Allah letakkan dalam kalangan mereka yang berada dalam penglihatan dan pemeliharaan Allah dan selitkan lah dalam doa kita supaya Allah pilih dan guna kita sebagai asbab berkembangnya islam di bumi ini.

” Ya Allah, diriku ini banyak kelemahan dan kekurangan janganlah kekurangan dan kelamah ku ini jadi asbab timbulnya fitnah dalam agamaMu”
” Ya Allah, kau pilih dan gunakanlah diriku ini untuk agamaMu”
AMIIN..

Sekian..= )


No comments:

Post a Comment