Assalamualaikum..
Esok sudah mula
hari baru bagi tahun baru, sudah setahun saya berkongsi cerita dan kisah yang
saya rasa boleh bagi manfaat kepada semua orang. Apa yang baik ambil dan
jadikan panduan dan mana yang kurang baik bolehlah kita sama-sama buat sempadan
dan iktibar untuk hari yang mendatang
Tujuan saya buat
blog ini supaya mudah untuk saya rujuk kembali apa-apa yang saya pelajari,faham
dan ketahui supaya saya dapat amal suatu hari nanti in shaa Allah. Sungguh, entri
yang saya buat selama setahun ini ditujukan untuk saya kerana sayalah yang perlu
buat apa yang saya cakap dan beritahu.
Semoga saya tak
tergolong dalam kalangan mereka yang Allah campakkan ke dalam api neraka
sebagaimana hadis Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah
bin Zaid RA:
“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian
dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar
sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka
pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang
terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat
kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku
memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku
melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”
Semoga hari saya
dan kamu semua bertambah baik dan yang paling penting lebih BAIK dari semalam.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment