Monday, December 17, 2012

pasar karat



Assalamualaikum..

Kalau kat Melaka ada satu tempat orang panggil Jonker Walk, kat Johor pun ada satu tempat yang orang panggil Bazar JB atau lebih popular dengan nama Pasar Karat. Kenapa orang panggil pasar karat?jangan Tanya saya pun tak tahu mana datang nama tu.

Sebelum ini ada seorang kawan bagitahu saya yang dia nak berjalan dengan keluarga di Johor dan mengajukan pada saya mana lagi tempat menarik yang boleh dia sekeluarga pergi bila bertandang ke johor bahru(JB) jadi tanpa banyak fikir saya terus cakap, “kau nanti pergi pasar karat”.

Saya sebenarnya tak pernah pun pergi ke situ walaupun saya sudah bertahun duduk di Johor. Oleh  itu, jumaat lepas saya, Uda dan kak Adib pakat pergi ke sana. Bila sampai sahaja saya terus tergamam sebab dekat jePasar Karat ini dengan tempat kerja,hari-hari lalu kawasan tu.

uda


Kami sampai sana dalam pukul 10,lepas dapat cari ‘parking’ terus sahaja berjalan sambil cuci mata. Banyak barang yang di jual kat sini baju,topi,kasut,beg sampailah barang yang kita tak terpikir pun ada kat sini. Yang menariknya pasar karat johor hampir majority penjual adalah orang melayu kalau ada penjual cina pun boleh kira dengan jari.

Okay,itu dulu takat ni. Siapa yang nak pergi pasar karat kalau ‘search’ di internet jalan nak ke pasar karat memang tak jumpa. Jadi saya cadangkan ada search di google map dengan mengunakan perkataan jalan segget johor bahru dekat sikit dengan pasar karat. Nanti bila sudah nampak orang ramai dan jalan sesak,itulah dia Pasar Karat.

dalam banyak barang benda ini yang saya beli


Sekian.. = )


No comments:

Post a Comment