Friday, December 28, 2012

untung yang sebenar-benarnya



Assalamualaikum..

(entri ini patut di post semalam sebelum entri sangka baik,tetapi terdapat sedikit masalah teknikal hari ini baru boleh post)


Sampai sahaja saya dirumah malam tadi selepas balik dari masjid zuhdi terus menegur saya,”huh, tak sempat duduk rehat dia sudah kacau”monolog saya dalam hati.”Ancik(nama panggilan dalam keluarga) jom kita gi kedai burger bakar kat JB ada promosi jual buerger RM 1 harga asal RM8.50”

Mak ai, murah benar burger RM 1 macam beli burger masa sekolah rendah sahaja.”malaslah,esok kerjalah”sambut saya “alar,jomlah” zuhdi memujuk tiba-tiba long mencelah “murahnya pergilah beli” long menunjukkan tanda-tanda yang dia nak ‘memayung’ kami.

Saya terus masuk ke bilik membiarkan zuhdi dan long meneruskan perbualan,belum sempat badan merebahkan diri di tilam  teringat pula kata-kata uda “kau ni duduk rumah je cuba jalan sikit” terus berubah fikiran asalnya tadi rancang hendak baca buku yang telah saya beli ketika expo buku islam 5 di Kotaraya terus saya batalkan.

Lepas menukar pakaian saya terus keluar “zuhdi,jomlah kita pergi!” zuhdi buat muka pelik, mungkin dalam hatinya berkata”aik,tadi kata taknak pergi ni nak pergi pula”. Dengan mengunakan kereta Proton Savvy berwarna biru buatan Malaysia kami terus menuju ke destinasi kami pada malam itu Kedai Burger Bakar Abang Burn. Ops..singgah sekejap ke rumah hakim kawan zuhdi sejak sekolah rendah untuk sama-sama menyemarakkan semangat.Vroom..vroom..





Akhirnya..
 ..

 ..

 ..
 ..
 ...





kami sesat…(T.T)


Google Navigator yang kami guna tak berapa nak boleh pakai sangat melilau kami di Bandar JB itu sampailah hampir-hampir nak masuk laluan ke Singapura!. kami mengambil alternatif lain dengan ber”mesra” dengan abang polis  untuk bertanya arah tuju yang betul untuk ke kedai.

Alhamdulillah,berkat sabar dan gigih kami dapat juga kami cari jalan yang betul. Kali ini cabaran lain pula datang waktu kami sampai orang telah beratur panjang sampai penuh jejantas. Zuhdi dan hakim ditugaskan untuk beratur saya pula jaga kereta sebab ‘parking’ di tempat yang kurang sesuai mana tahu ada polis ke datang boleh terus alih.

muka budak semangat

Setengah jam menunggu dari hujung jejantas seberang jalan sampailah juga ke beberapa meter dari kaunter. Zuhdi datang kepada saya “ancik diorang bagi seorang beli satu sahajalah” alamak takkan dapat satu sahaja sambil keluar untuk turut sama beratur.”maaflah dik,memang seorang boleh beli satu sahaja kalau nak beli lagi adik kena beratur lagi”jawab akak kaunter kedai tersebut setelah kami menyuarakan keinginan kami.

Jelas nampak kekecewaan di wajah zuhdi dan hakim,iyalah si Hakim sebelum keluar rumah cakap dengan mak dia yang dia nak pergi beli burger bakar ini dan zuhdi pula dapat duit dari long surh beli burger untuk orang yang ada dirumah. Saya pula esoknya kerja.

Tetapi bila fikir balik takkan nak balik bawa satu burger sahaja kan?tak berbaloi sungguh! Lalu berbekalkan semangat orang muda dan Malaysia Boleh!(erk..tiba-tiba) saya menyuruh zuhdi dan hakim beratur lagi.ha,kali ini mereka bukan beratur dua kali malah tiga kali mereka beratur sebab orang makin kurang kalau beratur balik pun tak ambil masa yang lama macam yang pertama kali beratur.

bukti kami beli

Sudah dapat apa yang kami hajati,kami terus pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga. Hantar hakim ke rumah dahulu baru kami balik ke rumah kami semula.

Buka sahaja pintu Long masih belum tidur barangkali masih menunggu kami bawa balik burger. Lantas kami bertiga pun makan bersama. Bila buka bungkusan burger dan nak makan baru tahu tebal juga burger ini punya daging, lagi tebal dari burger biasa.



Long kongsi dengan zuhdi,saya cuba menghabiskan satu bungkusan tetapi tak larat terus bagi pada zuhdi. Sedang asyik kami makan Alang pula balik dari stadium bola perlawanaan antara Johor Darul Takzim melawan Woodlands Wellington FC. kumpulan dari singapura. Ini perlawanan empat penjuru yang di anjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor.



Harga tiket masuk hanya RM5 dan dapat tempat duduk ’Grand Stand’ kalau harga biasa mungkin RM30-50. Keputusan Penuh : Johor Darul Takzim 5 v Woodlands Wellington FC 1. wah, banyaknya gol..mesti gamat stadium bola itu dengan sorakan kegembiraan penyokong. Malam itu hampir 11 ribu tiket terjual.

Beruntung betul kami malam semalam. Saya, zuhdi dan hakim dapat beli 9 burger bakar yang berharga RM1 dan Alang pula dapat menonton perlawanan bola dengan harga tiket hanya RM5 serta dapat pula tengok kemenangan pasukan Johor Darul Takzim.(^__^)

Lebih BAIK dari semalam

Pada akhir perbualan kami terkeluar satu kata-kata dari zuhdi ”kan bagus kalau semua orang yang ada tu bole ada semangat nak penuhkan masjid solat jemaah”gulp..

Mood insaf bermula..

Sebelum tidur teringat satu kisah yang saya pernah terbaca di satu buah buku.(maaf saya tak beberapa ingat kalau ada masa nnt saya rujuk semula)
 Selepas selesai peperangan yang dimenangi oleh pihak islam. Sahabat-sahabat yang menyertai peperangan mula berjual beli sesama mereka dengan hasil rampasan perang yang diperoleh mereka.

Bebeapa ketika datang seorang sahabat mengkhabarkan kegembiraan beliau katanya“ wahai Rasulullah diantara para sahabat sayalah orang yang paling untung,setelah berjual beli barang yang saya peroleh saya mendapat keuntungan beberapa kali lipat.

Rasulullah tidak marah atau memperlekehkan sahabat itu tetapi turut bergembira "wah kamu dapat keuntungan yang besar,mahukah kami aku khabarkan keuntungan yang lebih besar dari apa yang kamu dapat pada hari ini?“khabarkan ya Rasulullah“ sahut sahabat itu. Lalu Rasulullah pun menceritakan kelebihan solat dua(2) rakaat.

Ada banyak lagi kisah yang boleh jumpa yang mana Rasulullah tidak melarang sahabat-sahabatnya untuk mencari hasil dunia ini akan tetapi kita semua perlu sedar dan ingat bahawa segala keuntungan yang tiada kaitan dengan agama untungnya hanya di dunia sahaja.  Maka solat, sedeqah dan amalan kebaikkan yang lain seperti alihkan halangan di jalan pun jika kita niatkan untuk agama maka ganjaran dan kelebihannya kita akan dapat kekal sehingga ke akhirat.

beruntungnya orang yang selalu niatkan amalnya untuk agama dan di beri taufik untuk buat perkara yang baik dan bermanfaat..

jom betulkan niat kita..(n_n)




Sekian..= )

No comments:

Post a Comment