Wednesday, December 12, 2012

akhi soghir



Assalamualaikum..

Kelmarin hari lahir adik bongsu saya. Sejak kelmarin genaplah umur dia yang ke..em..berapa ye..ha.19 tahun, ya beza umur dia dan saya 3 tahun. Setelah akak saya lahir, saya dan zuhdi menyusul melengkapkan lagi koleksi anak mak dan abah dan membuatkan kak ju satu-satunya ‘putri’ dalam keluarga kami.

Saya terlupa nak wish dia(kan betul,lupa lagi),dia pun ok kot lagi pun sekarang ini dia tengah belajar di sekolah pondok Baitul Qurra wal Fuqaha’(BQ) di Melaka mesti tengah focus punya tak layanlah telefon dan benda-benda lagha.

Jadi, bagi membalas terlupanyab saya nak ‘wish’ dia saya buat entri ini khas buat dia.

Pada entri INI, saya cerita macam mana kami sekeluarga diberi nama. Bagi lelaki memang akan dapat nama mula dengan huruf Z(abaikan huruf A sebentar), tetapi dari Long(anak sulong) sampailah ke Andak(anak ke lima(5) ) mesti akan ada huruf ‘AN’ dibelakang 

1-      Zahran
2-      Zakuan
3-      Zaidan
4-      Zalfan
5-      Zainan

Dan bila sahaja sampai giliran saya abah sudah tukar fikiran dan tak mahu lagi letak ‘AN’ di hujung nama maka sejak saya tiada lagi perkataan ‘AN’ mungkin susah kot nak cari nama ada ‘AN’ dihujung dapatlah kami dua beradik ini Zaki dan Zuhdi. Keduanya di akhiri dengan huruf ‘I’.

Masa saya dan Zuhdi di lahir dan di besarkan adik-beradik yang lain semua sudah besar dan merantau jauh dengan sekolah asramanya,belajar luar Negara lagi dan akhirnya tinggallah saya dan Zuhdi di rumah peneman buat mak dan abah.

Oleh kerana nama saya dan zuhdi hampir-hampir sama jadi setiap kali mak atau abah nak panggil kami mesti tersalah panggil nama. Asalnya nak panggil Zuhdi tapi terpanggill nama saya begitulah sebaliknya. Perkara macam ini selalu berlaku sampai bila nak panggil tu mak atau abah akan sebut dua-dua sekali macam ini”zaki..zuhdi..sini kejap tolong mak/abah..” dan bila jadi macam ini kami masing-masing buat tak tahulah sebab siapa yang menyahut dialah yang terkena.= p



Bila tinggal berdua kami masa kecik-kecik dulu sudah pastilah kami sentiasa bergaduh dan paling saya ingat sekali bila ingat sekali satu petang kami tengah nak basikal ntah apa yang dia buat sampai buat saya hilang sabar(kecik-kecik dulu tau ke sabar macamana?) saya terus tendang basikal dia.bayangkanlah tengah bawa laju tiba-tiba ada orang tendang terus terjatuh zuhdi.

 Kalau jatuh biasa tak apa lagi ini dia jatuh siap terseret habis calar muka tambah darah-darah takat itu je yang saya ingat lepas itu abah buat apa kat saya dan tak ingat tapi mestilah kene balas balik tak,tak pun kena marah kaw-kaw punya. Sampai sekarang bila teringat peristiwa tu rasa serba salah pula dengan dia, (sejak dari tu saya lagi kacak dari dia).sori ea zuhdi?(“.)

Gaduh-gaduh juga tapi bila mak suruh saya hantar barang dekat rumah kawan mak depan rumah waktu malam-malam masa inilah si zuhdi ini saya paksa jadi teman saya. Masa dulu tak tau bawa motor kenalah jalan kaki lalu lorong gelap bila ada zuhdi teman beranilah sikit. Kalau ada berlaku kejadian yang tak di ingini saya taklah kena seorang-seorang.hehe

Kalau bab belajar zuhdi dia selalunya akan Tanya saya “Ancik dulu dapat berapa ek UPSR?” saya pun jawab la “………(jawapan dirahsiakan)” “oo”balas zuhdi tapi dalam hati saya sudah tahu mesti dia nak jadikan saya sebagai ‘benchmark’ konon-konon nak kalahkan abang dialah dan akhirnya dia dapat juga dapat lebih A dari saya.(T.T). bab akademik memang zuhdi lagi terer dari saya tapi bila datang bab arab dan agama...jangan harap saya tak bagi can lagi dah.

Sekarang semua sudah besar, saya pun tinggal lagi tidak sampai setahun nak menghabiskan ijazah dan zuhdi pun sekarang ini tengah tunggu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).STAM ini macam STPM la Cuma meraka ini menjurus ke aliran arab sahaja.

Akhir kata, buat satu-satunya adik ku Zuhdi..

Selamat hari Lahir.
Moga panjang umur dan murah rezki serta Berjaya dunia akhirat.
Ancik taka da apa nak bagi hadiah tetapi apa yang ancik mampu dan boleh bagi ialah doa yang tak putus-putus buat zuhdi supaya satu hari nanti boleh gunakan pengalaman dan ilmu yang zuhdi dapat untuk kami sekeluarga.
Jangan dipikir lambat ke cepat tempoh kita belajar,semuanya sudah tertulis.
Mungkin ianya adalah satu permulaan untuk sebuah kebahagiaan..in shaa Allah..amin..

gambar bersama mak masjid berhampiran KISAS


p/s : tak sabar nak tunggu hujung minggu ini. Family Day!


Sekian..= ) 



4 comments:

  1. biasalah tu kecik2 nakal..sy dulu hari2 gaduh dengan adik yg umur 18 sekarang..sehari kalau dia x nangis memang x sah..bila fom 1 sy dok asrama selamatlah dia x da org yg nyakat..hak3..

    ReplyDelete
  2. konon nk ckp orang lain dahsyat, zaki bukan sama je ke? siap satu hari dua tiga kali gaduh! (tang kene cubit dgn kakju tak cerita ke? hide nampak. lol!)
    PS: yeke kau lagi hensem, nanti kakju telek dulu. haha. burger ayam satu!

    ReplyDelete