hari ini saya temankan mak dan abah saya pergi ke sekolah adik saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah di klang, sebelum subuh lagi kami sudah bergerak. Adik saya ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini. Jadi tujuan kami datang sekolah dia supaya dia dapatlah motivasi dari kami supaya dapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat banggakan mak dan abah, insya allah.
Sekolah adik saya di klang berdekatan dengan masjid di raja klang, alhamdulillah suasana di sana memang bagus sesuailah untuk adik saya belajar. Apa yang menarik bagi saya di sana ialah fasilitinya yang mencukupi,rakan-rakan sebaya yang baik-baik serta biah solehah yang ada di sana.
Kami berkesempatan berjumpa sengan ustaz dan ustazah yang mengajar adik saya, dalam banyak-banyak kata dalam perbualan antara guru yang mengajar dengan mak dan abah saya yang buat saya terkesan ialah 'kita sebagai anak, apa yang kita buat adalah untuk gembirakan mak dan ayah'. Allah, walaupun ustaz adik saya cakap dalam keadaan bersahaja tapi bagi saya sangat-sangat bermakna untuk saya perbaiki diri untuk buat apa yang saya buat untuk sukakan mak dan abah saya.
Bila macam itu saya rasa memang sangat penting kita berkhidmat untuk mak dan abah kita,lagi-lagi saya sebagai seorang anak lelaki memang sangat banyak tanggungjawab saya walaupun saya bukanlah anak yang tua tapi saya juga perlu ambil tanggungjawab.
Terasa banyak sangat ilmu dan amalan saya yang perlu saya tingkat dan perbaiki,oh,teringat saya bila pernah saya hadiri satu majlis/program pengurusan jenazah yang di anjurkan di kampus tempat saya belajar sedih sangat bila yang hadir mampu di kira mengunakan tangan yang Allah bagi pada kita.Allah,ilmu macam ini bagi saya sangat penting sebab saya rasa sebagai seorang anak saya yang akan/perlu uruskan jenazah mak dan abah saya dari segi mandi,kafan,solat hinggalah mengkebumikan jenazah.
sampai sini sahaja la ya, ha, sebelum habis sudi-sudi la tengok video bawah ini moga kita dapat manfaat.= )
No comments:
Post a Comment