Friday, January 27, 2012

tak SALAH tapi...


saya sangat-sangat tidak berkenan bila orang yang bertemu dengan saya dan memulakan dengan hello,hai dan sebagainya dan apabila mahu berpisah dia akan menyebut bye-bye. memang tak salah pon apa yang dia cakap tapi bagi saya apa yang dia cakap tu langsung tak memberi faedah buat saya dan diri dia sendiri.

jika ada orang yang telefon saya dan dia memulakan percakapan dia dengan hello dan terus bertanya tentang saya saya tidak cepat untuk membalas apa yang orang tu cakap,selepas beberapa saat baru saya membalas. sedih kadang-kadang malah pelik kenapa la susah sangat nak bagi salam,mudah sahaja malah dapat pahala lagi tak payah susah-susah..

salam adalah satu ucapan doa daripada kita buat saudara seislam kita,lihatlah betapa indahnya islam bila kita jumpa kawan kita pon kita doakan dia,cuba saudara/saudari cari atau buat research skit lepas ini ada tak agama lain yang bila sesama mereka berjumpa sahaja mereka salaing mendoakan antara satu sama lain?kalau ada beritahulah pada saya..hehehe..bertambah ilmu pengetahuan saya.

di sini saya selitkan sedikit fadhilat@kelebihan kita memberi salam..

Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri”

Ibnu Abbas ra berkata: “sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya”.

dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah disebutkan bahawa ketika baginda sedang duduk beristirehat,,datang seorang lelaki menghampiri baginda lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum" maka baginda menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"sepuluh pahala kebaikan bagimu".
.selepas tu,,datang lagi seorang lelaki lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum Warahmatullah",,baginda pun menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"dua puluh pahala kebaikan bagimu"..
tidak lama kemudian,,datang lagi seorang lelaki menghampiri baginda lalu memberi salam,,"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh",,baginda pun menjawab salam lelaki tersebut lalu bersabda,,"tiga puluh pahala kebaikan bagimu"..

jadi,mulai hari ini mari kita sama-sama betulkan balik percakapan kita..

hendak seribu daya,taknak seribu dalih...= )

3 comments:

  1. ehm ehm ehm, mcam perli aku je. terase sangat :))

    ReplyDelete
  2. kisah ini tiada kene mengena kepada yang hidup dan mati...ahaks..
    sori la wei..x ade niat pon..

    ReplyDelete
  3. ak pon terasa dowh....pg tadi ak bg sms mcm x de slm je...hahhahhaha
    assalamualaikom yer..hahhaah

    ReplyDelete