Assalamualaikum..
Pertamanya, saya
nak ucap selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua umat islam yang
dapat menyambut sambutan raya. Pagi tadi dalam sibuk hendak ke masjid untuk
solat raya terdengar laporan berita dari akhbar yang dibaca oleh pengacara di
TV mengenai di Negara Syria tiada sambutan Qurban akibat dari pergolakan yang
berlaku di Negara kita.
Tumpang sedih
dengan nasib mereka di sana, Alhamdulillah kita di Malaysia ini masih boleh
menyambut hari raya dan ibadah Qurban. Tempat saya ibadah Qurban akan di buat
pada hari sabtu (27/10) untuk mengelak kelam kabut solat Jumaat.
Kami sekeluarga
ada satu memori manis yang tak dapat dilupakan mengenai ibadah Qurban. Peristiwa
ini berlaku pada tahun 80-an(saya tak lahir lagi), abah bercerita pada hari orang
taman buat aktiviti sembelihan binatang
Qurban dua ekor lembu telah Berjaya melarikan
diri dari ikatan maka orang ramai pun panic dan cuba untuk menangkap lembu yang
lari.
Sesi kejar –mengejar
pun berlaku,Dari dua ekor lembu yang terlepas ikatan itu hanya satu ekor yang Berjaya di tangkap dan di bawa balik ke
masjid untuk di sembelih. Mana lagi seekor?ha..seekor lagi lembu ni Berjaya meloloskan
diri dari orang ramai,abah yang ketika itu pun turut sama mengejar lembu itu
memberi idea kepada orang ramai supaya di kepung lembu itu dan halakan ke satu
rumah dan rumah kami di jadikan pilihan(masa itu ada sedikit tanah lapang dan
pokok di tepi rumah).
Pintu rumah dibuka,
lembu itu pun di kepung beberpa orang menjaga satu tempat manakala beberpa
orang lagi menjaga tempat lain pula dan setelah beberapa kali mengejar dan mengepung akhirnya orang ramai Berjaya membuatkan lembu
yang lari itu masuk ke rumah kami. Selepas itu lembu tersebut di beri
makan(penat kot berlari) dan terus sahaja di sembelih di rumah kami malah
kesemua aktiviti dari melapah,potong-potong dan bungkus dilakukan di rumah kami,maklumlah nak bawa
balik semula ke masjid dan jadi satu kerja pula.
Pada tahun itu
,dalam sejarah taman seekor lembu Qurban telah di sembelih di rumah kami
manakala lembu-lembu lain di sembelih di masjid. Harap esok tak ada apa-apa
yang berlaku dan semuanya berjalan lancar.insya allah..
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment