Thursday, October 18, 2012

tips cari tempat praktikal


Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips-tips untuk mereka yang hendak mencari tempat praktikal semua ini adalah berdasarkan pendapat sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain.

1-      Betulkan Niat

Yang pertama sekali niat kita kenalah betul, nak praktikal ini kita nak tambahkan ilmu supaya dapat bantu orang satu hari nanti. Paling penting niat kita kerana Allah dapat pahala insya allah.

2-      Tanya Elaun

Jangan malu dan segan ini adalah hak anda, tak salah pun Tanya “berapa ye elaun yang saya dapat?” ringankan mulut untuk bertanya. Bagi saya, elaun ini juga antara factor yang memberi motivasi kepada kita. Cuba bayangkan orang lain praktikal dapat elaun praktikal ratus-ratus malah ada yang cecah ribu tapi anda praktikal dalam elaun ciput sahaja malah ada yang tak dapat langsung! Kerja lebih kurang sama sahaja.ha..pikir!

tanya jangan tak tanya


3-      Lihat Kawasan

Kalau ada kelapangan masa cuba pergi sendiri kawasan yang kita nak praktikal untuk lihat suasana dan kawasan di sana antara yang perlu dititik beratkan adalah tempat solat (ada company yang tak sediakan tempat solat),kedai makan, kawasan parking (bayar atau tidak), bank (untuk urusan bayar yuran,masukkan duit),rumah sewa(kalau yang tak nak duduk dengan family) dan sebagainya

4-      Nasihat Tambahan

Ada perlu tahu bahawa company pun sama macam manusia macam makin kaya makin kedekut.(tak semua)



Anda Cuma praktikal sahaja, kalau boleh carilah company yang sedang-sedang sahaja tak terlampau besar dan terlampau kecil. Maksudnya kalau besar sangat takut kita tak dapat belajar banyak benda sebab kita ditugaskan di satu department sahaja tak tukar mana-mana. Kalau kecik sangat takut nanti kita dapat kerja yang terlampau banyak dan semua benda/kerja anda kena buat.




bagi yang muslim carilah company yang muslim juga kalau boleh sebab kita semua paham yang masing-masing punyai tanggungjawab yang perlu di tunaikan iaitu solat.

Akhir sekali,jika anda tak dapat apa yang anda harap dan idamkan semasa praktikal ini, rujuklah pada tips nombor satu (1) mmungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda.

p/s: maaf tak ada ‘intro’ terus straight to the point je.

Sekian..= )




2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..tuan umahh...tumpang wat iklan promote diri sendri sat ek hehe..mntk tolong eh,hehe

    assalam,, saya Leftenan Muda Norfatehah berumur 22 tahun, pelajar akhir IJAZAH MARKETING memerlukan tempat praktikal bermula 4 FEB 2013 selama 20 MINGGU. Kepada sesiapa yang berminat boleh emel saya di sitinorfatehah.mz@gmail.com

    keutamaan di negeri terengganu, pahang & kelantan. namun lain2 negeri turut di pertimbangkan :)

    terima kasih.

    ReplyDelete