Sunday, October 7, 2012

sejarah talbiah



Assalamualaikum..

Jemaah Haji disunatkan sentiasa melafazkan ucapanTalbiah sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Tahukah anda dari mana datangnya perkataan talbiah ini?

Perkataan ini berasal dari seorang raja yamamah yang bernama Tsumamah bin Usal.

Sebelum keislamannya, beliau telah berhasrat untuk pergi ke mekkah untuk menunaikan umrah dalam perjalanan untuk pergi ke mekah , di pertengahan perjalanan rombongan Tsumamah telah terlibat dengan satu perperangan dengan Jemaah orang islam yang tengah menjaga sempadan madinah dari sebarang ancaman

Setelah dapat di kalahkan, Jemaah islam ini telah mengikat Tsumamah ini di tiang masjid nabi untuk menunggu hukuman dari pihak baginda nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Apabila Baginda Nampak tsumamah di ikat di tiang masjid baginda telah bertanya kepada para Sahabat R.hum. “tahukah kamu siapakah tawanan ini?” para sahabat menjawab “kami tidak tahu wahai Rasulullah” lalu baginda bersabda “dia adalah Tsumamah bin Usal,layanilah dia dengan baik”

Lalu, mereka memberi layanan yang baik dengan mengumpulkan makanan serta susu unta yang di perah dari keluarga Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Tsumamah Bin Usal. Setelah seharian di ikat Baginda datang kepada Tsumamah bin Usal untuk mengajaknya memeluk islam. Rasulullah bersabda “ bagaimanakah keadaanmu wahai tsumamah dan bagaimakah pendapatmu terhadap ku?”

Lalu Tsumamah menjawab “aku baik-baik sahaja,di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci. Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci”

Rasulullah mendengar jawapan ini terus beredar dan melanjutkan tawanan Tsumamah selama tiga hari tiga malam berturut-turut dengan di sediakan layanan seperti mana yang diperintahkan oleh baginda.

Sepanjang tiga hari,Rasulullah telah bertanya soalan yang sama “ bagaimanakah keadaanmu wahai tsumamah dan bagaimakah pendapatmu terhadap ku?” maka jawapan yang diberikan tsumamah juga tetap sama iaitu “aku baik-baik sahaja,di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci. Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci”

Selepas itu,Rasulullah telah menoleh kepada para Sahabat dan bersabda “bebaskan dia”. Para sahabat meleraikan ikatan di tangan Tsumamah dan melepaskan beliau. Tsumamah pun telah meninggalkan masjid nabawi hingga sampai di satu kawasan  yang banyak di tumbuhi  dengan pokok kurma dan sumber air dan beristirihat.

Kemudian,dia kembali semula masjid nabawi dan berdiri dihadapan para sahabat yang ada lalu mengucapkan “aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruh Allah. Dia kemudian menghadap baginda lalu berkata “Wahai Muhammad kalau dulu di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci.tetapi kali ini di antara banyak-banyak wajah wajah kau lah paling aku cintai. Demi Allah! dahulu Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci, kini agamamu lah yang paling kucintai. Dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci” kali ini tempatmu lah yang paling aku cintai berbanding permukaan bumi yang lain.

Setelah Rasulullah memberi segala khabar gembira mengenai ketentuan Allah mengenai ke-islamannya yang mana agama islam telah menghapuskan segala dosa-dosanya lalu serta membebaskan tawanan perang yang lain yang juga merupakan ahli Jemaah Tsumamah. Beliau telah berkata kepada Rasulullah “wahai Rasulullah,sesungguhnya pasukan berkudamu telah menangkapku ketika aku dalam perjalan hendak mengerjakan umrah,maka apakah yang perlu aku buat sekarang?”

Lalu Rasulullah bersabda “ teruskanlah mengerjakan umrahmu itu tetapi hendaklah kamu mengerjakannya menurut syariat yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya”.

Kemudian Tsumamah bersama rombongannya pun bertolak menuju ke mekkah untuk mengerjakan umrah dan apabila tiba di satu kawasan yang berhampiran dengan kota mekkah beliau menyebut


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Maka jadilah Tsumamah orang islam yang pertama datang ke mekkah dengan bertalbiah, orang-orang Quraiysh yang mendengar teriakan talbiah itu telah bangun dengan marah sambil menhunus pedang dan menyerbu kepada arah teriakan talbiah. Makin dekat orang-orang Quraiysh itu mendekati Tsumamah makin mengerakan lagi teriakan talbiah.

Seorang orang telah berkata “tidak tahukah kalian siapakah gerangan orang yang bertalbiah itu? Dia adalah Tsumamah bin Usal, raja yamamah. Demi tuhan jika kalian membunuhnya maka kaumnya akan memberhentikan bantuan makanan kepada kita dan kita akan mati kelaparan”

Kemudian orang-orang Quraiysh itu menghampiri Tsumamah dengan pedang masih terhunus dan berkata, “apakah yang telah terjadi padamu wahai Tsumamah.adakah engkau telah murtad dan meninggalkan agama nenek moyang mu?

Jawab Tsumamah, “tidak,aku tidak murtad tetapi aku telah mengikuti sebaik-baik agama dan aku telah mengikutu agama Muhammad”,sambungnya lagi “ aku bersumpah demi tuhan Ka’bah,selepas kepulanganku ke yamamah ,tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sebagai bantuan makanan untuk kalian selagi mana kamu tidak mengikuti agama Muhammad”




Setelah itu Tsumamah terus melakukan umrah dengan terang-terangan di hadapan orang Quraisyh dan setelah beliau kembali ke yamamah bermulalah sekatan makanan sehingga mendatangkan penderitaan dan kesempitan hidup kepada orang ramai. Perkara ini telah membuatkan meraka menulis surat kepada Nabi Muhammad supaya meminta Tsumamah menghentikan sekatan makanan yang dilakukan kepada mereka.

Setelah mendapat surat itu Rasulullah pun menulis surat kepada Tsumamah meminta beliau untuk menghentikan sekatan makanan yang dilakukan kepada orang-orang Quraisyh.

(di ambil dari kitab Hayatus Sahabah bab kesabaran, oleh kerana takut orang yang baca tidak faham dan bosan cerita ini telah mengunakan sedikit bahasa sendiri tetapi masih tidak mengubah maksud dan jalan penceritaan..insya-allah)

Lebih BAIK dari semalam

Terdapat satu kisah saya dengar bahawa buku akaun amalan Abu Bakar R.hu masih terbuka kerana Beliau orang pertama telah mengajak orang kepada kabaikkan dan sesiapa yang mengajak orang kepada kabaikkan masuk akaun amalan Abu Bakar R.hu. jadi beruntunglah sesiapa sahaja yang jadi asbab orang lain buat kebaikkan kerana pahala orang itu juga dapat kepada dirinya semula.

alolo..untungnya kecik2 da pakai ihram


Sekian..= )


No comments:

Post a Comment