Assalamualaikum..
(Entri ini
hanyalah pandangan dan pendapat saya semata-mata)
Apa yang saya
perhatikan dunia sekarang ini ialah semua orang berebut-rebut hendak menjadi
pemimpin. Macam-macam konspirasi dan matlamat mereka ini bila menjadi pemimpin
dan itu terpulang pada diri mereka masing-masing kerana apa yang saya tahu
setiap kita pasti akan di pertanggungjawab dengan apa yang kita
pimpin/tanggung.
Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda
: setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas
kepemimpinannnya…(muslim)
Bagi saya lelaki perlu di utamakan untuk menjadi
pemimpin berbanding perempuan lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang besar
seperti pentadbiran yang memerlukan seseorang membuat keputusan.
Ini kerana dalam diri seorang lelaki itu terdapat
satu factor yang mana ianya tiada dalam diri seorang perempuan iaitu keputusan
yang di buat jarang di pengaruhi emosi . sebab itulah Allah telah letakkan
kuasa cerai dan talak di tangan suami bukannya isteri.
Cuba anda bayangkan bila
kuasa cerai dan talak di letak di tangan perempuan entah berapa kali lelaki
sekarang ini di ceraikan . saya punya kawan yang ber’couple’ (moga dia cepat
kahwin) bila awek dia merajuk sahaja antara ayat yang akan di sebut ialah ‘u da
tak sayang I, kita clash je’, atau ‘awak da ada perempuan lain kan? Our relationship
end here!’
Malah dalam sistem kekeluargaan juga, si ayah
memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga. Sebelum itu saya nak Tanya,
dalam keluarga siapa yang bila dia suruh kita terus sahaja kita buat? Kalau saya,
bila mak suruh “zaki..pergi kedai kejap beli santan” saya akan jawab “ok mak
sekejap” tapi sekejap saya mahu makan sejam juga sekejap saya tuh maklumlah
tengah tengok cerita ‘best’. Bila jadi macam ini maka keluarlah suara abah
tanda beliau sudah mula mahu msuk campur becicit saya berlari pergi ke kedai.
Ha,
lihat..masa inilah keGARAUan suara abah/ayah/walid dan sebagainya diperlukan
dalam membentuk sesebuah keluarga malah banyak juga cara kerja saya ini di
pengaruhi dari apa yang abah ajar masa kecik(kalau hendak bercerita mungkin
boleh buat satu entri kot). Selain itu saya juga pernah dengar seorang ustaz
bercerita bagaimana bila seorang ibu yang sudah kehilangan suaminya tidak mampu
mengawal anaknya dan terpaksa meminta bantuan seorang kawan lelakinya kerana
anaknya yang degil tidak mahu mendengar cakap ibunya.
Untuk pengetahuan, seorang ayah sangat besar peranannya
dalam mendidik anak sehingga Allah rakamkan detik bagaimana Luqman Al-Hakim
mendidik anaknya dalam surah Luqman antara ayat 13-19 dan antara nasihat Luqman
kepada anaknya ialah
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah
sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan
perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat melakukannya.(luqman 17)
Malah banyak lagi kelebihan dan kemampuan
yang Allah telah letakkan sejak azali lagi kepada lelaki supaya dia dapat
memimpin orang lain.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, (An-Nisaa' 4:34)
Jadi, setiap orang Allah telah ciptakan dia
bersesuaian dengan hak dan kebolehan masing-masing. Jika anda tidak mampu
hendak buat keputusan serahkanlah kepada mereka yang boleh membuat keputusan
atau mintalah mereka yang baik dan boleh dipercayai dalam membuat keputusan tak
perlu pening-pening kepala.
saya juga bersetuju dengan apa UAI cakap dalam Video INI
Sekian..= )
Akhirnya ada juga entry yg membina hasil dari pemerhatian keadaan sekeliling..teruskan tulisan sebegini..amat membina sekali pandangan saudara..
ReplyDeleteterima kasih..jangan segan-segan nak menegur ye kalau saya ada salah.= )
Delete