Assalamualaikum..
Pagi tadi kelam kabut nak ke pejabat sampai terlupa
bawak bekal. Ha? Mesti tak percayakan saya bawak bekal ke pejabat. Betul..saya
sejak praktikal di JCIA bawa bekal sahaja bila ke pejabat dan masuk waktu rehat
saya makanlah apa yang saya bawa dari rumah.
Saya pun tak
sangka tabiat bawa bekal ini tiba-tiba boleh ada dalam diri saya, sebelum ini tak
ada pun nak bawak bekal masa sekolah rendah pun jarang,sekolah menengah lagilah
duduk asrama nak bawak bekal apanya dewan makan dan kantin kan ada. Di menara
gading membawa bekal?bangun-bangun sahaja sudah menjadi orang tak siuman
bersiap-siap ke kelas,bila anda lambat sudah pasti tangga menjadi medan ‘gym’
yang membantu anda menguruskan badan.
Banyak sebab saya bawa bekal, antaranya :
1- Elakkan membazir.
Mestilah saya tak mahu berada dalam golongan mereka
yang selalu membazir makanan. Membazirkan amalan Syaitan. Di rumah ini pun
bukannya ramai pun penghuninya Abah,Mak,Alang dan saya.
2- Jimat duit.
Secara tak langsung saya juga dapat jimat duit makan
saya. Bayangkan di Johor Bahru (JB) makan sahaja sudah cecah RM4@5++. Belum masuk
minum air lagi, ha kiralah sendiri berapa kalau sekali kita makan. Pastu bolehlah
saya guna duit yang terkumpul di bank untuk beli benda lain pula.= )
sikit-sikit lama-lama jadi bukit |
3- Yakin dengan
mutu dan kualiti makanan.
Sudah semestinya makanan di rumah saya lebih saya tahu
akan tahap kebersihannya dan dari mana sumber makanan itu diperoleh. Takkan mak
nak beri yang buruk-buruk untuk kita makan.betol tak?
4- Air tangan
mak
Makanlah kedai sedap yang ada kat dunia, akhir sekali
mesti anda semua akan mengidam masakan mak sendiri. Chef wan yang handal
memasak pun bila di temuramah mengenai masakan kegemaran dia bagitau nasi goring
mak dia yang paling dia suka makan.ha..chef wan tu..
Eh, da melalutlah pula. Okay sambung balik bila sudah
perasan bekal tak ada dalam beg saya bagitahu kat abah bekal saya tertinggal
“abah,bekal zaki tertinggal.nanti bawakan ye”
“lor..okay nanti abah bawakkan”abah tak banyak
bunyi,dia menurut je. Sebab abah memang nak ke Bandar pun jadi alang-alanglah
kan. Dipendekkan cerita abah pun sampai di Tabung Haji tempat perjanjian kami
untuk berjumpa sebab abah nak tukar I/C penjaga dalam akaun bank kepada I/C
saya sahaja.
Bila belek-belek buku akaun yang sedia ada saya mula
rasa pelik dalam hati tertanya-tanya juga tanpa banyak soal saya terus bertanya
pada abah. “abah, dalam buku akaun ni da no i/c zaki da ni, nak kene tuka lagi
ke?” abah buat muka pelik “bak sini buku tu” di baca dengan teliti isi
kandungan rupa-rupanya memang sudah tukar pada awal tahun 2012.huhu.penat je
abah datang, sudahlah datang naik bas je siap bawak bekal saya pula tu.kesian..
Lepas itu,kami pun berpisah membawa haluan masing-masing.
Usai solat zohor di masjid kota raya yang bersebelahan dengan tempat saya
praktikal saya terus naik ke pejabat. Wah..siap bungkus dengan beg kertas
special lagi bila buka bungkusan rasa lain macam “kenapa macam lain je ni?”
tangan terus laju membuka bungkusan dan ternyata terdapat satu bungkusan ‘extra’
dalam beg. Satu bekas bekal makanan dan satu lagi bekas tempe berempah mak. Baca
doa terus makan dengan berselera. (^__^) terima kasih..
tempe tu lebey kurang macam ni la |
korang boleh pilih mana yang korang suka |
p/s : kredit to zikir terapi diri hafiz hamidun-subhanallah yang menjadi teman ketika menulis..tenang je..
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment