Assalamualaikum..
Cerita ini juga terdapat di dalam kitab Ar-Ridha ’Anillah
yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz ibnu Abi Dunya. Diceritakan oleh seorang ulama
tabiin di Kufah bernama Masruq Bin Ajda.
Di sebuah desa pendalaman terdapat sebuah keluarga
yang memiliki seekor ayam,keldai dan anjing.
Ketiga-tiga haiwan ini sangat disayangi kerana
manfaat yang diberi kepada keluarga tersebut.
Ayam membangunkan solat,
keldai
digunakan untuk mengambil air
manakala anjing pula menjaga rumah.
Suatu hari, seekor musang telah memangsa ayam
mereka. Seisi keluarga menjadi amat sedih. Namun si Ayah berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa
Allah (takdir ini) baik untuk kita.”
berapa hari kemudian, seekor serigala membunuh
keldai mereka pula. Ahli keluarga itu kembali bersedih. Namun si Ayah tetap
berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”
selepas itu,selang berapa waktu yang berlalu
anjing mereka pula mati secara mendadak. Maka seluruh ahli keluarga kembali
bersedih si Ayah kembali berkata ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini)
baik untuk kita.”
Pada suatu pagi, ahli keluarha ini terbangun dari tidur
lalu mendapati bahawa seluruh penduduk desa telah ditawan dan sibawa pergi oleh
sekumpulan perompak pada malam tersebut.
Hanya mereka sahaja yang tinggal dan terselamat
dari keganasan perompak kerana perompak hanya mendatangi rumah-rumah yang
terdengar bunyi haiwan di dalamnya sahaja.
Lebih BAIK dari semalam
Kita sering kali mengeluh dengan apa yang berlaku
pada diri kita dan kita rasa kenapalah kita diperbuat sebegitu rupa. Malah kejadian-kejadian
yang berlaku telah membuatkan kita putus harap dan mengalah sebelum mencuba.
Tertarik nak ambil kata-kata seorang sahabat ” Pasti ada kebaikan
dalam setiap ketentuan. Hikmah yang tersembunyi, kadang-kadang tak tercapai
oleh fikiran cetek manusia”.
Saya yakin dan pasti bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Malah perancangan Allah adalah yang terbaik.
Bersangka baiklah mungkin kesusahan kita di masa
ini adalah untuk keceriaan dan kegembiraan kita di masa yang akan datang. Siapa
tahu?
Sekian..= )
Okay, aku suka entry kau kali ni =)
ReplyDeleteSufi
kau suka?bagusla..
DeleteYes I do sebab ringkas, padat, dan menarik.
ReplyDeletetak macam entry sebelum ni.
Good, keep it up =)
erk..okay..tq..= )
Delete