Tuesday, December 11, 2012

Our Month



Assalamualaikum..




Sekarang sudah masuk bulan disember bagi kami sekeluarga banyak peristiwa penting yang berlaku di bulang penghujung tahun ini(perasan sorang-sorang). Saya agak lemah dalam mengingat tarikh dan peristiwa penting kalau nak ingat betul kenalah letak dalam reminder baru boleh ingat tapi itupun kadang-kadang terlupa juga.

Okay,antara peristiwa penting yang berlaku dalam keluarga kami

1-      Anas lahir(7/12/2000)
Ini cucu pertama buat mak dan abah.

2-      Zuhdi lahir(10/12/1993)
Zuhdi anak bongsu mak dan abah penutup bagi kami adik beradik.

3-      Mak dan abah bernikah(14/12/1974)
Bila tahu mak dan abah nikah macam tak sangka pula. Perkahwinan antara guru dan anak murid.korang ada?

4-      Abah lahir(22/12/1945)
   Dua tarikh yang kami adik beradik patut tahu.em.ada ke anak yang tak tahu tarikh lahir ibu dan ayah dia?
5-      Mak lahir(24/12/1950)


6-      Saya lahir. (25/12/1990)
Ha,selepas hari lahir mak hari lahir saya pula. Hadiah hari lahir mak tu.= D



Eh, jap..dalam tengah meng’google’ carilah juga rahsia di sebalik bulan kelahiran macam-macam keluar bukan takat bulan sahaja malah tarikh kita lahir pun ada rahsia juga. Yang paling tak tahan dia tulis macam ni

“Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja”

Sampai macam itu sekali ea.dashat-dashat.ingat saya tipu ke? Cek la sendiri link ini untuk TARIKH dan BULAN.

Sekian..= )


No comments:

Post a Comment