assalamualaikum..
hari ini saya masuk kelas lambat..suka-suka hati je nak masuk kelas
lambat. bukan ape,saya kena tolong printkan slide untuk subjek kelas dan
akhirnya saya masuk kelas setengah jam lambat tapi nasib baiklah pensyarah tak
marah. pensyarah kami ni memang tak akan bagi masuk kalau lambat 10minit dia
akan kunci pintu dan kami tidak dibenarkan masuk dan yang paling menarik sekali
ibu bapa kami akan di hubungi untuk di maklumkan bahawa kami tidak datang kelas
beliau.
jadi bila tengah menunggu slide siap di 'print' saya sambil-sambil
lah tengok youtube dan menonton video pendek ini :
haha..tergelak bila tengok video
ini.sebab kadang-kadang saya juga macam tu.huhu..kesian kat orang sekeliling. Banyak
benda yang perlu saya belajar dari hari ke hari walaumacam mana sekalipun saya
akan usaha untuk ubah perangai-perangai saya yang kurang elok.
Manusia memang tak pernah lari dari
masalah,semua orang ada masalah tetapi yang membezakan seorang itu bagus atau
tidak adalah bagaimana cara dia selesaikan masalah. Ada orang bila dating satu
masalah dia diam je,ada yang lain tu pula dia beritahu kawan-kawan yang lain
untuk bantu dan macam-macam lagi.
Jadi, apa sahaja masalah yang datang kita
tak perlu cepat melatah.duduk sejenak dan berfikir adakah masalah itu Allah
datangkan saje-saje?oh…percayalah,Allah tidak ZALIM..DIA tidak akan timpakan Sesuatu
itu melainkan kita mampu untuk selesaikan.Dia sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita
sentiasa ingat dan kembali dekat padaNya..
Peringatan untuk diri ini,Allah yang ‘datangkan’
masalah maka Allah jualah yang mampu bantu kita untuk hilangkan masalah yang
kita hadapi itu. Ingat! kita perlu bersangka baik atas tiap sesuatu yang datang
menimpa kita walau macam mana sekali pun cuba terima segala ketentuan dengan reda. Insya Allah, pasti akan ada hikmah
yang akan muncul selepas itu.
p/s : ketenangan
kemenangan pertama
sekian..= )
good boy =D
ReplyDeletehehehe..= )
ReplyDelete