Sunday, April 29, 2012

lihat je pun da dapat pahala beb..


Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir cuti midterm untuk sem ini, terpaksa juga balik ke Melaka sebab esok kemungkinan saya ada ‘presentation’ untuk subjek bahasa inggeris.  Kuliah subuh yang di sampaikan oleh pak habib(imam masjid) di masjid abidin taman sri skudai pagi tadi ialah mengenai perlunya kita berbuat baik kepada ibu bapa. Betapa rahimnya ALLAH, DIA telah berikan kepada kita ibu bapa yang sanggup menjaga kita dari kita kecil sampailah kita besar.

Betapa ALLAH nak kita hargai ibu dan bapa kita ada satu riwayat mengatakan antara tiga(3) perkara yang ALLAH akan beri kita pahala apabila kita melihat sahaja tiga(3) perkara ini adalah:


1.    Melihat wajah ibu bapa.
2.    Melihat kaabah.
3.    Melihat Al-Quran.


Masya-ALLAH, dengan hanya melihat sahaja ALLAH telah bagi kita pahala, ini belum lagi kita khidmat kepada ibu bapa,jaga hati mereka, dan taat kepada mereka. Berapa besarlah agaknya pahala yang ALLAH akan beri pada kita ye?hurm.. semua ini tidak mustahil ALLAH akan beri pada kita.



Di akhir kuliah tadi, pak Habib yang juga mempunyai salasilah keturunan Rasulullah solallahu ‘alaihi wassalam ini telah berkongsi satu hadith yang panjang tetapi agak menarik untuk di kongsi bersama. Hurm, oleh sebab sekarang ini saya perlu kemas barang keperluan untuk balik ke Melaka jadi saya rasa di post akan datang bolehlah saya kongsikan bersama hadith berkenaan. Sebelum itu kita layan dulu video di bawah ini ye..



Sekian..= )


No comments:

Post a Comment