Assalamualaikum..
Terkejut,cemas dan mendebarkan
Itulah yang dapat di gambarkan bila dua kali gegaran yang telah berlaku di apartmen tempat saya tinggal, gegaran yang di rasa hasil daripada tsunami yang berlaku sumatera Indonesia turun terkena tempias di tempat kami, saya sendiri juga terkejut dan pelik bila pulang dari keluar bersama kawan-kawan melihat ramai orang sudah berkumpul di kawasan lapang di luar bangunan apartmen. Alhamdulillah, walaupun berlaku dua gegaran dalam masa kurang dari dua jam tiada kecederaan dari pihak pelajar di laporkan.
Tiada siapa yang menyangka kejadian seperti ini boleh berlaku, suasana yang aman telah di kejutkan oleh gegaran itulah yang di katakan kehendak Allah, Dia boleh melakukan apa sahaja tanpa ada sesiapa pun yang mampu menghalang kudrat dan iradat Allah.
Bila berlaku kejadian seperti ini (bencana alam) pada zaman Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam akan bergegas ke masjid dan beramal di dalam masjid sehinggalah keadaan kembali tenang dan normal.
Di sini saya mahu kongsikan satu doa yang boleh kita amalkan bersama supaya kita terhindar dari segala bala dan kehinaan yang kita tak tahu akan menimpa diri kita.
DOA MEMOHON SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .) (riwayat bukhari no 6347 dan muslim no. 2707 )
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment