Assalamualaikum..
Hari ini di kampus saya ada kempen menderma darah bersempana ulangtahun ke-lima UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah saya di izinkan menderma masuk ini sudah 4 kali(ikut buku la sebernya da lebih). Sambutan oleh pelajar disini pun boleh tahan hebat juga,ramai yang secara sukarela datang mendermakan darah.
Jenis darah saya ialah ‘O’ yang setahu saya boleh menderma kepada semua jenis darah tetapi hanya boleh menerima darah jenis yang sama sahaja(cerewet juga ya). Jadi, tadi saya derma sebanyak 450 ml.
Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:
-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.
Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.
Ha,siapa yang belum menderma boleh lah datang ke perpustakaan aras 1 KBM. Kempen ini berlangsung sampai esok sahaja 5/4/2012. sekarang kita sudah boleh menderma darah selepas dua bulan kita menderma tak macam sebelum ini, kita hanya boleh menderma darah selepas 3 bulan dari tarikh akhir kita menderma. dari 4 kali setahun kita sudah berpeluang untuk menderma darah sebanyak 6 kali setahun.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment