Monday, April 16, 2012

kemarahan

Assalamualaikum..



ARRRRRRGGGGGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!….erk..jangan terkejut?hehe..ini adalah salah satu contoh yang biasanya orang marah akan lakukan, dia akan rasa nak menjerit malah banyak lagi cara-cara yang orang akan buat supaya kemarahan yang ada dalam diri ini dalam di kurangkan dan terus hilang. Dalam islam juga ada menyebutkan tentang amarah dan telah di sertakan sekali cara untuk kita kurangkan rasa marah kita.

Jadi, jom kita periksa balik apa yang kita buat selama ini betul tak,sekiranya betul Alhamdulillah..sekiranya tidak mungkin kita boleh sama-sama untuk perbaiki diri dan terapkan ianya dalam kehidupan harian kita insya allah..

Dalam mengawal kemarahan ini kita mempunyai ‘STEP’ supaya kemarahan kita itu dapat di kurangkan dalam keadaan yang sesuai dengan fitrahnya.

Pertamanya kita di galakkan untuk DIAM bila perasaan marah datang .




Dari Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda Ajarkanlah Agama kepada orang lain, berikanlah khabar gembira dan jangan susahkan mereka. Dan apabila marah salah seorang dari kamu hendaklah kamu diam. (HR Musnad Ahmad)

Seterusnya, jika ada kemudahan kita AMBILLAH WUDHU’ sebab air dipercayai dapat mengurangkan rasa marah kita tu sebab sifat marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu asalnya adalah dari api. Maka Cara yang mudah dan terbaik untuk kalahkan api tidak lain hanya lah AIR..


Dari Atiah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : sesungguhnya marah itu daripada syaitan,dan syaitan di ciptakan dari api, dan api di padamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dia berwudhu’. (HR Ahmad)

Akhir sekali, Jika kita marah dalam keadaan berdiri maka kita digalakkan untuk duduk, sekiranya dengan duduk pun dia masih rasa marah lagi kita digalakkan untuk berbaring. Jadi, kita kenalah MENUKAR KEADAAN DIRI KETIKA MARAH dan pilih lah satu kedudukan yang agak selesa supaya kesan marah menjadi reda.

Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam pernah bersabda kepada kami : apabila marah salah seorang dari kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk. Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring. (HR Abu Daud no 4782)

Sekiranya amarah kita ini kita dapat redakan malah kita mampu mengawalnya Allah telah menjanjikan pahala untuk orang tersebut.

Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang di sukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. (HR Ahmad)

Cuba kita bayangkan bila Allah sudah suka dengan apa yang kita buat,apa lagi yang kita nak dalam hidup ini melainkan hanya keredaan Allah. Maka marilah kita sama-sama untuk belajar mengawal kemarahan kita untuk suka kan kawan,keluarga dan terUTAMA sekali kesukaan Allah..insya Allah..

Akhir kata..

Dari Abu Hurairah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : seorang yang kuat itu bukanlah orang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari no. 6114)


Sekian..= )

2 comments:

  1. alhamdulilah...perkongsian yg tepat pd mase dn tempat...hahhahaah
    terima kasih, sy akan cube amalkan....^_^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga kita dapat amalkan bersama..

    ReplyDelete