Assalamualaikum..
Post kali ini saya nak berkongsi berkenaan
fidyah. Perkara ini perlu di ambil perhatian kerana takut kita terlepas
pandang. Bagi mereka yang sudah langsai bayar hutang puasa tahniah saya ucapkan
tetapi bagi mereka yang belum bayar dan masih berhutang baik langsaikan segera
sebelum dikenakan denda mengikut islam iaitu fidyah.
Sebelum itu mari kita kenal pasti siapa
golongan-golongan di bawah.
Wajib Qada
Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau
bertambah lambat sembuhnya.
Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2
marhalah, yakni dalam lingkungan 92KM.
Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
Orang yang sedang haid atau nifas.
Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
Orang yang batal puasanya
kerana salah satu sebab yang membatalkannya
*Mereka ini perlu menqoda’ puasa mereka sebelum berjumpa puasa ramadhan
yang akan datang.
Wajib Qada dan Membayar Fidyah
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
- Orang yang berhutang puasa yang
belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.
*golongan ini perlu puasa dan juga bayar fidyah. Fidyah akan berganda
bagi setiap tahun, tetapi akan berhenti gandaan sekiranya puasa telah diganti.
Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah
- Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
- Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.
Wajib Qada atau Fidyah
- Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.
Tidak Wajib Qada dan
Fidyah
- Kanak-kanak.
- Gila.
FIDYAH
Mengenai fidyah pula,ianya hanya bole di
bayar kepada golongan fakir dan miskin sahaja, selain dari dua golongan ini
tidak akan dikira fidyahnya. Kiraan secupak
beras lebih kurang 700gram(boleh rujuk pada pusat zakat negeri masing) bagi
satu hari puasa yang kita tinggal. Fidyahsebaiknya dibayar mengunakan
beras(makanan ruji) bagi mazhab syafi’e. Fidyah akan berganda sekiranya puasa
kita itu tidak diganti hinggalah ke tahun yang kedua. Berikut adalah kiraan
untuk bayaran fidyah bagi satu(1) puasa yang tidak diganti
Perkiraan bayaran fidyah:
Ramadan 1 1 = 1 cupak
Ramadan 2 2 1 = 3 cupak
Ramadan 3 3 2 1 = 6 cupak
Ramadan 4 4 3 2 1 = 10 cupak
Ramadan 5 5 4 3 2 1 = 15 cupak
Ramadan 6 6 5 4 3 2 1 = 21 cupak
Ramadan 7 7 6 5 4 3 2 1 = 28 cupak
Ramadan 8 8 7 6 5 4 3 2 1 = 36 cupak
Ramadan 9 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 45 cupak
Ramadan 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 55 cupak
Ramadan 1 1 = 1 cupak
Ramadan 2 2 1 = 3 cupak
Ramadan 3 3 2 1 = 6 cupak
Ramadan 4 4 3 2 1 = 10 cupak
Ramadan 5 5 4 3 2 1 = 15 cupak
Ramadan 6 6 5 4 3 2 1 = 21 cupak
Ramadan 7 7 6 5 4 3 2 1 = 28 cupak
Ramadan 8 8 7 6 5 4 3 2 1 = 36 cupak
Ramadan 9 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 45 cupak
Ramadan 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 55 cupak
Bayaran Fidyah ini akan terus meningkat hinggalah puasa
yang kita tinggal itu diganti.
ini adalah laman web untuk kita kira fidyah yang kita perlu bayar.KLIK.
ini adalah laman web untuk kita kira fidyah yang kita perlu bayar.KLIK.
secupak ialah ukuran dua tapak tangan yang sederhana. (tidak telalu besar dan tidak terlalu kecil). Ukuran dibuat dengan menggunakan tapak tangan orang arab bangsa Quraish |
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment