Assalamualaikum..
“Kita
ni sebenarnya perasan je yang iman kita sudah kuat.”
“Sepatutnya
kita perlu usaha supaya iman kita adalah iman yang diminta oleh Allah bukan
iman yang kita perasan sudah kuat ni.”
“Sebagai
contoh seorang ayah sedang kehausan lalu minta anaknya bawakan segelas air si
anak pun datang dengan hanya bawa sesudu air”
“Kes
yang lain bapa ini sedang sakit tak mampu nak bangun ambil wudhu lalu dia minta
anaknya bawakan air untuk dia ambil wudhu si anak datang dengan membawa segelas
air sahaja”
“Yang
terakhir bapa nak mandi dek kerana panas yang membahang.minta anaknya untuk
bawakan sebaldi air untuk dia mandi tetapi anaknya datang dengan membawa
segayung air sahaja.”
“Si
anak memang bawa air tetapi adakah cukup dan menepati kehendak atau permintaan
ayahnya?”
Begitulah
juga kita umat islam sekarang ini,Allah minta kita untuk bawa iman yang
sempurna,iman yang tidak mensyirikkan Allah. Kita rasa iman kita sudah
kuat,mantap dan teguh akan tetapi hakikatnya iman kita tersangatlah jauh dengan
apa yang Allah kehendaki.
Antara
‘point’ yang sangat mendalam kesannya kepada lubuk hati ini..huuu. T___T
Sekian…=)
No comments:
Post a Comment