Assalamualaikum..
Hampir seminggu
saya di rumah,hurm..(mengeluh)..rasa lain sangat bila berada di rumah ini. Bukan
bermakna saya tak suka duduk di rumah ini,rumah inilah tempat saya membesar
dari tangan saya sebesar ibu jari hinggalah saya sudah besar mengorak langkah
di menara gading. Tetapi kelainan suasana di skudai ini berbanding Melaka, apartment
tempat saya menginap sangat berbeza. Bila di rumah ini saya hilang keseronokkan
sepertimana saya di Melaka.
Okay, mungkin
saya masih dalam fasa ‘culture shock’
kot badan ini belum boleh menyesusaikan diri dengan keadaan di skudai ini.
maklumlah saya memang jarang balik ke rumah,balik pun hujung minggu je, paling
lama pun seminggu waktu cuti pertengahan semester.
harap-harap sekejap je la ye. |
Tak tahu nak
cakap apa, Cuma saya berharap dan terus berdoa agar Allah memberi saya kekuatan
serta taufik dan hidayahNYa untuk saya terus istiqamah dan ikhlas dalam apa jua
yang saya lakukan selama ini. Tak kisahlah apa yang berlaku tak dapat buat
semua jangan tinggal semua.inilah kata-kata yang saya pegang untuk pastikan
diri saya tak hanyut dalam kelalaian.
Hidup macam
roda,sekejap kita di atas. Sekejap lagi kita di bawah. Bila kita diatas
gunakanlah peluang yang ada dengan perbaiki diri kita dan memnambah baikkan
mutu dan kualiti amalan kita. Manakala bila kita di bawah, jangan pernah ada
perkataan putus asa, cuba muhasabah diri semula tengok apa silap kita dan
sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar Allah terima usaha kita.
Akhir kalam,selamat
menyambut ramadhan al-mubarak, jadikanlah bulan yang mulia ini sebagai bulan
untuk kita jadi lebih BAIK dari sebelum-sebelum ini insya-Allah. Pada bulan
ramadhan waktu siang kita di galakkan baca doa ini
أ َشْهَدُ أ َنْ لآإ ِلـَـٰه إ ِلاَّ اللهُ، أ
َسْتـَغـْفِرُاللهَ، نـَسْأ َلـُكَ الـْجَنـَّةَ وَنـَعُوْذ ُبـِكَ مِنَ
(3X) النـَّارِ
Artinya:
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon surgaMu ya Allah dan aku berlindung
daripada nerakaMu.
Pada waktu
petang/malam pula..
اللـَّهُمَّ إ ِنـَّكَ عَفـُوٌّ تـُحِبُّ الـْعَفـْوَ فـَاعْفُ
عَنـَّا
.(2x)
Artinya:
Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni,
ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
اللـَّهُمَّ إ
ِنـَّكَ عَفـُوٌّ تـُحِبُّ الـْعَفـْوَ فـَاعْفُ عَنـَّا يَا كـَرِيْمُ
(1x)
Artinya: Ya
Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya EngkauMaha Pengampun, suka mengampuni,ampunilah
kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
bila tengok gambar ni,teringat surau kat apartment melaka Ar-Raudatus Sakinah | apa jadi kat surau tu ye.hurm.. |
Sekian.. = )
No comments:
Post a Comment