Assalamualaikum..
Dalam sejarah,
hari inilah saya buat pertama kalinya di langgar oleh kereta ketika hendak
balik pulang ke rumah selepas teman mak beli buku di pasar larkin. Kejadian berlaku
sekelip mata dan saya tak sedar pun yang saya di langgar oleh kereta kerana
pada mulanya saya sangka saya telah terlanggar ‘divider’ jalan.
Alhamdulillah,
tiada yang cedera dan orang yang melanggar kereta saya pun bertanggungjawab
atas kesalahan yang di lakukan. Syukur juga saya pernah terdengar sebelum di
kaca televisyen supaya kita jangan cepat panic bila berlaku kemalangan tetapi
selepas itu apa perlu kita buat ya?
Saya cuba untuk
menelefon abah dan Uda kerana mereka yang paling dekat untuk di hubungi tetapi
berkali-kali saya telefon tidak berangkat maka terpaksalah telefon Ngah di
Putrajaya untuk bertanya apakah yang perlu saya buat selepas itu. Jadi, Ngah
nasihatkan supaya membuat laporan polis.
Disini tips untuk
membuat laporan polis jika berlaku kemalangan di antara kita :
Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak
lain.
- Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman.
- Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
- Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
- Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
- Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih
pihak
- Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai "yang dilanggar" dan kenderaan di belakang sebagai "yang melanggar", kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana "bersalah" melanggar kenderaan hadapan.
- Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang "bersalah" adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati "bersalah", kecuali dibuktikan sebaliknya.
- Maka, "pihak yang bersalah" akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
- Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
Kesian kat kereta
savvy Kak Ju tak pasal-pasal kena masuk bengkel lagi untuk di baiki segala
calar dan kemek akibat di langgar oleh orang hari sabtu baru siap. Hari isnin
pula kena masuk balik bengkel untuk betulkan pembuka pintu yang Long rosakkan
dan Box dalam kereta yang Uda rosakkan. Sabar ya Savvy.huhu..
terukkan?abis calar belah tepi kereta ni. |
p/s : ada
cadangan tak nak bagi nama apa kat Savvy ini?
Sekian.. = )
No comments:
Post a Comment