Assalamualaikum..
Apa khabar
semua? Bagi yang sihat Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah bagi kita
nikmat sihat. Bagi yang kurang sihat di harap dapat bersabar, mungkin keadaan
anda yang kurang sihat itu menjadi Asbab Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang
lalu atau Allah ingin tingkatkan darjat kita.
Pada zaman
dahulu, sahabat-sahabat faham bahawa sakit ini juga adalah satu nikmat yang
Allah bagi pada mereka supaya mereka terus menerus dapat mengingati Allah,
tuhan semesta alam. Malah ada dalam kalangan sahabat yang kalau boleh hendak
sentiasa sakit supaya dia sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah.
Oleh itu, kita
kenalah sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah telah bagi
kepada kita dengan sentiasa mengingatinya dalam setiap waktu dan keadaan. Tapi,
macam mana ya? Kita kan manusia yang bermaksud ‘lupa’ kita sudah sedaya upaya
hendak mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan tapi tetap juga
kadang-kadang ‘terlalai’.
Jangan bimbang,
dalam islam tiada satu perkara pun yang dibiarkan tanpa panduaan dan tunjuk
ajar dari Allah melalui Al-Quran ataupun dari Nabi Muhammad Sollahhu ‘Alaihi
Wasallam melalui hadith-hadithnya. Sebagai contoh yang amat mudah ialah dalam
perihal dalam tandas pun islam ada
mengajar macam mana doa dan adab ketika berurusan dalam tandas.
Maka, dalam
kes supaya kita sentiasa dapat mengingati Allah ini, Nabi Sollahhu ‘Alaihi
Wasallam yang mulia juga telah memberi kita doa yang dapat kita amalkan supaya
kita sentiasa dapat mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan.
Dari Muaz bin
Jabal r.hu berkata bahawa baginda Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam telah
memegang tangannya dan bersabda: wahai Muaz! Demi Allah aku mencintaimu. Aku
telah berwasiat kepadamu supaya setiap kali selesai solat janganlah kamu
tinggal daripada membaca doa ini.
اَللَّهُمَّ
أَعِنِّيْ عَلَى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah kami supaya
sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam
melakukan ibadat kepada-Mu.
(hadith riwayat abu
daud:1522)
Sekian.. =
)
Salam 'alaik~
ReplyDelete(ohok ohok) sambil batuk haha
ooo good info for me yg tgh xsihat..
masih batuk lagi ea..
ReplyDeletedoakan la untuk aku juga..doa orang yg sakit,maqbul tau..= )
haa rase nk garu jer tekak ak
ReplyDeleteooohhh ea org sakit termakbul ea,, ni yg nk doa byk2 ni...hehe
ko nk ak doa ape? cepat kawen? haha
ape2 la..doa yang baik2 ea..gatal ea..asyik sebut pasal kawen je..
ReplyDeleteheyy bilo den 'asyik sebut'....huhh
ReplyDelete