Assalamualaikum..
Alhamdulillah,akhirnya saya selamat sampai di putrajaya tengah hari tadi. Tidak semena-mena minggu ini saya perlu pergi ke rumah abang saya. Semua ini berpunca dari silap diri saya juga akibat kecuaian diri, telefon bimbit yang saya bawa telah terlepas pandang dan tertinggal dalam kereta abang saya ketika dia menghantar saya pulang ke Melaka minggu lepas.
Akibat kecuaian saya ini, hidup saya pada minggu pertama perkuliahan amatlah caca marba tak tentu arah jadinya. Macam-macam perkara penting tak dapat saya lakukan akibat saya tidak dapat menghubungi kawan-kawan kerana semua nombor telefon mereka telah tersimpan dalam telefon bimbit saya.
Keadaan jadi bertambah teruk apabila hari pertama dan kelas pertama saya tidak tahu di mana kelas itu berlangsung. Bila saya semak pada jadual di papan kenyataan fakulti kelas tiada pada waktu pagi tapi bila saya semak semula pada jadual sistem UiTM saya memang ada kelas pada pukul 8.30 pagi! Akibatnya saya terpaksa menebalkan muka untuk meminta seorang kawan untuk menhubungi kawan kelas saya tapi malangnya dia pun tak dapat membantu saya kerana telefon bimbit dia juga mempunyai masalah.
Tapi, saya bersyukur sangat bila pada kelas yang seterusnya kawan sekelas saya maklumkan pada saya bahawa kelas pada pukul 8.30 pagi telah diubah waktunya selain saya dapat meminjam sebuah telefon bimbit dari seorang adik ‘junior’ saya.
Tapi itulah nak buat macamana memang saya tak ingat betul yang saya terletak telefon bimbit di kereta abang saya dan bila saya perasaan menyesal tak sudah jadinya. Lupa sebenarnya adalah memang sifat manusia sebab nabi solallahu alaihi wassalam pernah bersabda (mafhumnya)
“Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku”. Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil ‘insan’ dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah ‘lupa’ sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan “sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia.
Jadi, setelah dapat kembali telefon bimbit, rasa macam terlepas satu ‘tension’ dekat kepala. Sini saya juga ada petua yang bila saya terlupa/tercicir barang mak saya akan menyuruh saya membaca ayat yang kita akan baca bila kita buat sujud sahwi sampailah saya jumpa barang tersebut
[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu (“Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa)”.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment