Tuesday, March 6, 2012

hari ini tanggung 'esok' kena jawab


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,sudah dua hari saya meneruskan kuliah bagi sessi semester baru ini selepas kami semua bercuti lebih kurang dalam sebulan. Rasa macam tidak puas bercuti macam baru kelmarin cuti dan pejam celik sudah mula naik semester baru.

Saya sangat bersyukur apabila semester ini saya tidak lagi dilantik untuk menjadi ketua kelas. Bagi saya, walaupun menjadi ketua kelas kerjanya hanyalah membantu pensyarah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan pelajar yang lain ianya juga adalah satu tangungjawab yang perlu di sempurnakan dengan sebaiknya.

Saya selalu tertanya kenapa orang memilh saya menjadi ketua kelas sebelum ini, atas sebab apakah mereka memilih saya menjadi ketua kelas. Adakah sebab mereka memilih saya sebagai ketua kelas sebab saya memakai kopiah setiap kali saya keluar dari rumah dan pergi ke kuliah?. Allah, rasa bersalah pula, saya berasa sekiranya itu mereka memilih saya ianya satu beban yang sangat berat kerana pepatah inggeris ada mengatakan ‘don’t judge a book by its cover’ sememangnya bagi saya penampilan diri bukanlah cara terbaik untuk kita menilai seseorang.

Saya teringat sebuah hadith yang bermaksud “setiap manusia akan dipertanggungjawab dengan apa yang di jaganya” . di akhirat nanti Allah yang Maha Adil akan mengumpulkan manusia untuk dihisab dan saat inilah segala apa yang kita buat akan dipersoalkan hinggalah kepada sekecil-kecil perkara. Jadi, apabila kita diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan ianya adalah satu amanah bukannya satu perkara yang perlu kita suka dan bangga-banggakan.

Namun saya tidak menyalahkan mereka-mereka yang melantik saya untuk menjadi ketua kelas sebelum ini kerana saya menganggap mereka percayakan saya dan menjadi ketua kelas juga telah memberi satu pengalaman yang cukup bermakna untuk saya.

Akhir kata, tahniah buat rakan kelas Asri Azam kerana telah di lantik semula untuk menjadi ketua kelas yang baru. Jangan malas-malas ya. = )

p/s : permulaan semester baru ini telah menguji diri.

No comments:

Post a Comment