Showing posts with label hidayah. Show all posts
Showing posts with label hidayah. Show all posts

Monday, January 13, 2014

wahai fulan!


Assalamualaikum..

Di suatu sudut di kawasan pasar ternampak seekor kucing, badannya kecil ,kurus dan di penuhi dengan kurap sekali pandang tiada siapa yang berkenan. Persekitaran yang kotor,makanan yang tak berkhasiat adalah antara punca badannya menjadi begitu. Tiba-tiba datang kelibat seorang lelaki ke hadapan kucing tersebut tanpa rasa geli lelaki tersebut memegang kucing itu,diusap-usap badan kucing itu lalu di bawanya pergi dari kawasan itu.



Sesampai di rumah kucing itu diberi makan terlebih dahulu,makanan yang berkhasiat ikan segar disertakan dengan susu. Selepas kenyang dengan hidangan yang diberi lelaki tadi membawa kucing itu ke bilik air memandikan badan kucing itu supaya kotoran yang ada dapat dihilangkan sebelum diletak ubat yang sesuai. Kucing itu meronta beberapa kali cubaan untuk lari dari bilik air tetapi dengan penuh sabar lelaki tadi membersihkan kucing itu. Kasih sayang.

Selang beberapa bulan tiada lagi kurap di badan kucing itu badannya sudah mula kuat malah bulunya mula tumbuh lembut..gebu..di dalam rumah macam-macam fasiliti di sediakan kawasan khas untuk tidur,alat permainan dan makanan-makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan kucing itu, setiap kali pulang dari kerja lelaki itu pasti akan luangkan masa untuk bermain dengan kucing itu. Kucing yang dahulu kurap kini telah menjadi comel dan cantik. “Mulai dari saat ini aku akan panggil kau Oyen”itulah panggilan yang diberi oleh tuannya.



Suatu hari,sedang Oyen bermain tiba-tiba dia terlihat beberapa ekor kawannya ketika di pasar berdekatan dengan kawasan rumah, Oyen cuba  mencari jadlan keluar dari rumah dan dia dapat berjumpa dengan kawannya. Balik dari rumah k terfikir kenangan bersama dengan kawan lamanya itu. Keesokannya Oyen hilang, dia membuat keputusan untuk mengikuti kawan-kawannya.

puas lelaki itu mencari kemana menghilangnya Oyen dari satu kawasan ke kawasan lain terus mencari genap seminggu baru dia jumpa Oyen. di panggilnya “Oyen!mari sini kita balik ke rumah” pujuk tuannya. Oyen kenal suara yang memanggil di toleh memastikan siapa yang memanggil.”oh,tuankku!” berlari Oyen dari tuannya. Tuannya terus mengejar Oyen usaha untuk dapatkan kembali Oyen untuk dibawa pulang ke rumah.tetapi Oyen mengelak sesudah putus harap Tuannya terus balik meninggalkan Oyen bersama kawan-kawannya.

Dua minggu dari kejadian itu badan Oyen tidak secantik dahulu dia tak lagi dapat makanan berkhasiat maka kembalilah dia menjadi KUCING KURAP.

Lebik BAIK dari semalam..

Setiap orang ada sisi gelap masing-masing,Dengan kasih sayang Allah.Dia telah beri kita hidayahnya untuk kita dekat dengannya.malah terasa rapatnya kita dengan sang pencipta. Akan tetapi akibat kelalaian kita,alpa kita. Kita tak sedar semua ini sebagai satu nikmat yang besar.kita sering kali lari dari rahmat Allah yang besar.


Wahai fulan!
Dahulu kau hina,
Lalu Allah telah muliakan kau,

Wahai fulan!
Dahulu kamu rendah,
Tetapi sekarang Allah telah tinggikan kamu.

Wahai fulan!
Dahulu dirimu lemah
Maka diberinya kamu kekuatan.

Wahai fulan!
Dahulu Dikau papa,
Kini diberi diberi kaya..

Hakikatnya semua itu adalah dari Allah..
Apa yang kamu ada?
La hau la wala Quwwata illa Billah.
Tak ada daya dan upaya  walau sedikit


sekian..=)

Wednesday, July 3, 2013

waj'alna minhum..



Assalamualaikum..

Semalam antara maghrib isya’ saya duduk berborak dengan salah seorang geng surau. Dalam seronok berbual tiba-tiba beliau bertanya.

“zaki, masa kau jadi imam kau ada baca doa waj’al-waj’al. apa maksud doa tu?””ha,ada ke aku baca doa macam tu?”pelik soalan yang di ajukan. “alar.. doa yang kau selalu ulang sampai tiga(3) kali tu la”susah payah beliau cuba menerangkan “ooo..ha,doa tu.ok kenapa dengan doa tu?saya mula terbayang doa yang di baca ketika usai solat Jemaah. “yela,apa maksud dia kenapa kau ulang sampai tiga(3) kali?





Dalam banyak-banyak doa hanya satu doa sahaja yang saya akan ulang tiga kali walau macam mana sekalipun. Maksud doa tersebut ialah

“ya Allah, Berilah(kekalkanlah) hidayah kepada kami, dan kau berilah juga hidayah kepada hamba-hambaMu yang lain(seperti mana kau beri kepada kami)

Dan, jadikanlah kami ini sebagai asbab/punca orang lain mendapat mendapat hidayah”


Saya menyambung bicara "aku baca doa ini kerana hidayah itu perlu di cari ianya tak seperti jodoh,rezki,ajal maut dan lain-lain hal yang telah lama di tetapkan sebelum kita semua ada lagi.

Lagi satu, surau ni kan tempat rahmat Allah turun jadi manalah tahu bila orang tengok kita datang masjid/surau solat Jemaah (mudah-mudahan) dia juga timbul keinginan nak datang solat sama..siapa tahukan,hidayah di tangan Allah".


p/s : ni pun antara yang selalu saya sebut dan ingatkan sebelum solat. 


betulkan saf,rapatkan saf =)

yang mana bawa nset.sila 'silent'kan buat sementara =D



Sekian..= )

Wednesday, August 15, 2012

paling maaahaaalllllllllllll!!!


Assalamualaikum..


 
Suatu petang ketika saya sedang rehat-rehat terdengar perbualan rancak antara Azam,Hazimi dan aizat ketika itu saya masih lagi belajar di UiTM Segamat. Jadi, ini antara yang diperbualkan oleh mereka bertiga.

Azam : aizat kaukan kalau doa selalu minta apa?
Aizat : aku biasa  doa supaya dapat keputusan yang cemerlang dalam periksa.kenapa?
Azam : murah tu aizat, takkan kau minta tu je?
Hazimi : haahlah, takkan kau mintak tu je aizat?
Aizat : adalah juga aku minta benda lain.em..aku doakan untuk mak bapak aku.
Hazimi : ok lah tu, lain..kau doa minta ape lagi?
Aizat :  em..aku minta dapat kerja yang bagus bila aku Grad nanti
Azam  : murah tu aizat.lagi..
Aizat : aku minta dapat gaji yang banyak
Hazimi : murahlah aizat apa yang kau minta ni.lagi?



 (Aizat pening memikirkan apa yang diminta tetapi masih lagi menjawab soalan yang di soal oleh azam dan hazimi)

Aizat : kejap ea, aku fikir...ha, aku nak minta dapat rumah yang besar dengan kereta yang mewah
Azam & Hazimi : MURAH!!!!lagi?
Aizat :ape lagi? aku nak isteri yang solehah biar nanti dapat didik anak jadi anak yang taat ibu bapa

Azam : ok la tu, tapi masih murah lagi la..lagi?
Aizat : adoi..pening aku melayan korang ni, ape yang korang nak cakap?

Hazimi : sebenarnya apa yang kau minta tu semua boleh, dan Allah mampu bagi lebih BAIK dari tu. tapi..
Azam  : benda ni semua Allah dah tertulis cuma mungkin dengan doa dan amal baik kau dapatlah yang BAIK.

Aizat : ok..jadinya?
Hazimi : satu benda ni sangat mahal dan ianya takkan datang bergolek malah kau sendiri kena carik memang susah nak dapat.
Aizat : apa dia? (tak sabar menunggu )

Azam  : HIDAYAH lah..benda ni paling mahal dan kau kena usaha untuk dapatkan dan selalu minta pada Allah..
 Aizat : oooooooo..





tersenyum keseorangan saya bila terkenang perbualan antara mereka. Ada benarnya apa yang mereka bualkan.Hidayah adalah hak mutlak milik Allah Ta'ala





A056

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).   (qasas : 56)




Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah kekalkan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan lupa doakan untuk orang lain pula. Moga dengan berkat Bulan Ramadhan ini Allah lembutkan hati hamba-hambaNYA dan mereka di beri Hidayah untuk berubah.insya Allah..


Ya Allah,
Berilah hidayah kepada kami,
Berilah hidayah kepada hamba-hambaMU yang lain.

Ya Allah,
Jadikanlah kami ni asbab (punca) orang lain mendapat hidayah
Dan janganlah kau jadikan kami ini asbab orang lain jauh kepadaMU

Amiinn..

Sekian..= )