Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Ucapan Dan Harapan



Assalamualaikum..

Salam lebaran buat semua.salah dan silap saya mohon ampun dan maaf.( Eh sudah seminggu baru nak bagi ucapan.sudah terlambat la. Tak apalah sebab orang kata biarpun sudah terlambat tapi masih belum berakhir.)

Untuk pengetahuan semua,selang berapa hari atau minggu lagi saya tidak ada di Malaysia buat beberapa ketika, mungkin sampai hujung tahun.

Biarpun rakan yang lain sudah ada yang mendapat tawaran bekerja dan juga menyambung pelajaran saya pula mengmbil keputusan untuk berkelana di Negara orang jauh di TANAH HINDI.

Banyak pepatah mengatakan “jauh perjalanan luas pengalaman” “lain padang lain belalang”. Jadi, saya rasa inilah masanya bagi saya untuk timba ilmu, pengalaman dan luaskan pandangan saya akan sesuatu perkara  sebelum saya menerjah ke alam pekerjaan seterusnya alam perkahwinan(kalau ada rezki) dan tak lupa juga alam akhirat yang sentiasa sabar menanti menunggu masa menjemput saya.

Jadi…saya mohon doa kawan-kawan supaya dapat doakan saya yang akan merantau ke Negara orang. Ada masa nanti kita jumpa lagi ye. Yang ada jemputan saya minta maaf sebab tak dapat nak hadir, moga majlis dapat berlangsung dengan lancar dan dapat kekal hingga ke syurga.

Sesiapa yang dapat tawaran kerja dan belajar tahniah dan syabas buat kalian. Yang masih belajar! Jangan nak malas-malas dan asyik berangan je ea.rotang karang baru tau..huwaaaa…

sayonara Malaysia (n_n)


Sekian.=)

Monday, October 29, 2012

penulis buku



Assalamualaikum..

Semalam buku abang saya baru sahaja di terbitkan, Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya Berjaya juga beliau menyiapkan sebuah buku kosa kata bahasa arab tahun 2 terbitan telaga biru. Walaupun hanya sebuah buku yang mempunyai lebih kurang 50 helai sahaja tetapi bagi saya perkara seperti ini harus di banggakan. Saya sendiri pun belum mampu untuk menulis panjang-panjang. 

Teringin juga bila satu hari nanti saya akan menghasilkan beberapa buah buku yang akan memberi menafaat kepada masyarakat umum khususnya umat islam sekarang ini. Tapi, idea pun tak ada sangat dan gaya bahasa saya pun masih biasa-biasa sahaja masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan terokai.

Insya Allah..ada rezki nanti saya juga akan menyusul menghasilkan buku..amin..(berangan)


terpampang nama penulis buku kat depan



Inilah buku abang saya..bagi yang ada adik dan anak sedara yang sekolah rendah boleh lah pergi ke kedai buku berdekatan untuk tengok-tengok dulu buku ini. Buku berwarna ini di jual dengan Harga  RM 6 sahaja.

Sekian..= )


Tuesday, August 28, 2012

sukan sunnah


Assalamualaikum..

HADITHRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)




dalam semua di senaraikan dalam hadith di atas, satu pun saya belum pandai/mahir. Berenang pun tahu sikit-sikit je.

Sebelum ini pernah lihat orang menunggang kuda, wah.. sungguh bergaya dan hebat!
Dengan kita menunggang kuda ni banyak menafaat yang kita dapat, setelah saya buat carian di internet akhirnya jumpa la sedikit faedah kita berkuda antaranya :


            Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.”

Patutlah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan kita mempelajari berkuda,berenang, dan memanah sebab iannya memberi faedah bukan sahaja pada diri malah juga kepada Negara (akhir zaman nantikan tak ada teknologi)

Mulai hari ini saya nak pasang niat dan azam supaya suatu hari nanti saya dapat belajar dan mahir dalam ketiga-tiga ini atau sekurang-kurangnya satu daripada tiga (3) perkara yang tersebut dalam hadith di atas. Insya allah..
tak dapat naik kuda betul,dapat naik monumen kuda pun jadi la.


p/s : ada tak yang nak ajar/ belanja untuk belajar ni?

Sekian.. = )



Wednesday, August 15, 2012

paling maaahaaalllllllllllll!!!


Assalamualaikum..


 
Suatu petang ketika saya sedang rehat-rehat terdengar perbualan rancak antara Azam,Hazimi dan aizat ketika itu saya masih lagi belajar di UiTM Segamat. Jadi, ini antara yang diperbualkan oleh mereka bertiga.

Azam : aizat kaukan kalau doa selalu minta apa?
Aizat : aku biasa  doa supaya dapat keputusan yang cemerlang dalam periksa.kenapa?
Azam : murah tu aizat, takkan kau minta tu je?
Hazimi : haahlah, takkan kau mintak tu je aizat?
Aizat : adalah juga aku minta benda lain.em..aku doakan untuk mak bapak aku.
Hazimi : ok lah tu, lain..kau doa minta ape lagi?
Aizat :  em..aku minta dapat kerja yang bagus bila aku Grad nanti
Azam  : murah tu aizat.lagi..
Aizat : aku minta dapat gaji yang banyak
Hazimi : murahlah aizat apa yang kau minta ni.lagi?



 (Aizat pening memikirkan apa yang diminta tetapi masih lagi menjawab soalan yang di soal oleh azam dan hazimi)

Aizat : kejap ea, aku fikir...ha, aku nak minta dapat rumah yang besar dengan kereta yang mewah
Azam & Hazimi : MURAH!!!!lagi?
Aizat :ape lagi? aku nak isteri yang solehah biar nanti dapat didik anak jadi anak yang taat ibu bapa

Azam : ok la tu, tapi masih murah lagi la..lagi?
Aizat : adoi..pening aku melayan korang ni, ape yang korang nak cakap?

Hazimi : sebenarnya apa yang kau minta tu semua boleh, dan Allah mampu bagi lebih BAIK dari tu. tapi..
Azam  : benda ni semua Allah dah tertulis cuma mungkin dengan doa dan amal baik kau dapatlah yang BAIK.

Aizat : ok..jadinya?
Hazimi : satu benda ni sangat mahal dan ianya takkan datang bergolek malah kau sendiri kena carik memang susah nak dapat.
Aizat : apa dia? (tak sabar menunggu )

Azam  : HIDAYAH lah..benda ni paling mahal dan kau kena usaha untuk dapatkan dan selalu minta pada Allah..
 Aizat : oooooooo..





tersenyum keseorangan saya bila terkenang perbualan antara mereka. Ada benarnya apa yang mereka bualkan.Hidayah adalah hak mutlak milik Allah Ta'ala





A056

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).   (qasas : 56)




Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah kekalkan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan lupa doakan untuk orang lain pula. Moga dengan berkat Bulan Ramadhan ini Allah lembutkan hati hamba-hambaNYA dan mereka di beri Hidayah untuk berubah.insya Allah..


Ya Allah,
Berilah hidayah kepada kami,
Berilah hidayah kepada hamba-hambaMU yang lain.

Ya Allah,
Jadikanlah kami ni asbab (punca) orang lain mendapat hidayah
Dan janganlah kau jadikan kami ini asbab orang lain jauh kepadaMU

Amiinn..

Sekian..= )

Friday, July 20, 2012

culture shock


Assalamualaikum..


Hampir seminggu saya di rumah,hurm..(mengeluh)..rasa lain sangat bila berada di rumah ini. Bukan bermakna saya tak suka duduk di rumah ini,rumah inilah tempat saya membesar dari tangan saya sebesar ibu jari hinggalah saya sudah besar mengorak langkah di menara gading. Tetapi kelainan suasana di skudai ini berbanding Melaka, apartment tempat saya menginap sangat berbeza. Bila di rumah ini saya hilang keseronokkan sepertimana saya di Melaka.



Okay, mungkin saya masih dalam  fasa ‘culture shock’ kot badan ini belum boleh menyesusaikan diri dengan keadaan di skudai ini. maklumlah saya memang jarang balik ke rumah,balik pun hujung minggu je, paling lama pun seminggu waktu cuti pertengahan semester. 

harap-harap sekejap je la ye.



Tak tahu nak cakap apa, Cuma saya berharap dan terus berdoa agar Allah memberi saya kekuatan serta taufik dan hidayahNYa untuk saya terus istiqamah dan ikhlas dalam apa jua yang saya lakukan selama ini. Tak kisahlah apa yang berlaku tak dapat buat semua jangan tinggal semua.inilah kata-kata yang saya pegang untuk pastikan diri saya tak hanyut dalam kelalaian.


Hidup macam roda,sekejap kita di atas. Sekejap lagi kita di bawah. Bila kita diatas gunakanlah peluang yang ada dengan perbaiki diri kita dan memnambah baikkan mutu dan kualiti amalan kita. Manakala bila kita di bawah, jangan pernah ada perkataan putus asa, cuba muhasabah diri semula tengok apa silap kita dan sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar Allah terima usaha kita.



Akhir kalam,selamat menyambut ramadhan al-mubarak, jadikanlah bulan yang mulia ini sebagai bulan untuk kita jadi lebih BAIK dari sebelum-sebelum ini insya-Allah. Pada bulan ramadhan waktu siang kita di galakkan baca doa ini


أ َشْهَدُ أ َنْ لآإ ِلـَـٰه إ ِلاَّ اللهُ، أ َسْتـَغـْفِرُاللهَ، نـَسْأ َلـُكَ الـْجَنـَّةَ وَنـَعُوْذ ُبـِكَ مِنَ
(3X) النـَّارِ

Artinya: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon surgaMu ya Allah dan aku berlindung daripada nerakaMu.


Pada waktu petang/malam pula..

اللـَّهُمَّ إ ِنـَّكَ عَفـُوٌّ تـُحِبُّ الـْعَفـْوَ فـَاعْفُ عَنـَّا
.(2x)
Artinya: Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni, ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.




 اللـَّهُمَّ إ ِنـَّكَ عَفـُوٌّ تـُحِبُّ الـْعَفـْوَ فـَاعْفُ عَنـَّا يَا كـَرِيْمُ
(1x)   
Artinya: Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya EngkauMaha Pengampun, suka mengampuni,ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

bila tengok gambar ni,teringat surau kat apartment melaka Ar-Raudatus Sakinah  
apa jadi kat surau tu ye.hurm..


 

Sekian.. = )