Assalamualaikum..
HADITHRasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian
berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
dalam semua di senaraikan dalam hadith di atas,
satu pun saya belum pandai/mahir. Berenang pun tahu sikit-sikit je.
Sebelum ini pernah lihat orang menunggang kuda,
wah.. sungguh bergaya dan hebat!
Dengan kita menunggang kuda ni banyak menafaat
yang kita dapat, setelah saya buat carian di internet akhirnya jumpa la sedikit
faedah kita berkuda antaranya :
”Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari
kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar
dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana
terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan
‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang
belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem
penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ
seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.”
Patutlah Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan kita mempelajari berkuda,berenang, dan
memanah sebab iannya memberi faedah bukan sahaja pada diri malah juga kepada Negara
(akhir zaman nantikan tak ada teknologi)
Mulai hari ini
saya nak pasang niat dan azam supaya suatu hari nanti saya dapat belajar dan
mahir dalam ketiga-tiga ini atau sekurang-kurangnya satu daripada tiga (3) perkara
yang tersebut dalam hadith di atas. Insya allah..
tak dapat naik kuda betul,dapat naik monumen kuda pun jadi la. |
p/s : ada tak
yang nak ajar/ belanja untuk belajar ni?
Sekian.. = )
No comments:
Post a Comment