Assalamualaikum..
Hari pertama
masuk praktikal adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat saya ini
kerana apabila sebelum saya dikenalkan kepada staff di pejabat mula-mula
sekali saya diperkenalkan kepada ‘senior manager’ di pejabat.
Sesuatu yang tak
diduga oleh saya dan mungkin juga oleh staf-staf lain ialah saya awal-awal lagi
telah diberi “tazkirah pagi” oleh beliau. Tak lama adalah lebih kurang hampir sejam saya menadah telinga mendengar dan mengangguk apa yang dikatakan oleh
beliau.
Usahlah saya
cerita apa yang di berikan cukuplah biar saya simpan dalam hati ini akan tetapi
antara perkataan beliau yang memberi kesan kepada saya ialah
1)
perkataan “kot”
memang banyak kali di ingatkan
jangan guna perkataan “kot” kerana ianya menunjukkan kita tak yakin dengan apa
yang kita cakap
2)
ambil tahu
walaupun perkara itu bukan
dalam bidang kita, paling kurang kita perlu ambil tahu supaya tidak lah kita hanya
dalam dunia kita sahaja bak kata pepatah ‘bagai kata di bawah tempurung’
3)
belajar
mengatakan “saya tidak tahu”
tak payah nak belagak macam kita tahu segalanya, sedarlah yang
diri kita ini tidak tahu perkara itu.
Inilah tiga (3) perkara yang agak memberi kesan
pada saya. Kiranya adalah juga input yang saya dapat dari ”tazkirah pagi” itu.
saya ada kisah bagaimana dengan berkata tidak tahu pun sebenarnya dapat beri
menafaat juga.
Seorang lelaki menempuh perjalanan yang sangat
melelahkan dari maghrib ke madinah. Dia membawa beberapa soalan yang hendak
ditanyakan kepada Imam Malik Rah.a. soalan ini diberikan oleh penduduk
kampungnya untuk mendapat jawapan langsung daripada Imam Malik Rah.a yang
mahsyur itu.
Dengan menaiki seekor keldai, perjalanan ini
mengambil masa berminggu-minggu bahkan mungkin juga mengambil masa
berbulan-bulan lamanya. Setibanya di sana, dia segera mendatangi majlis Imam
Malik Rah.a. di hadapan semua hadirin, lelaki ini segera menyampaikan
soalannya.
Jawapan Imam Malik Rah.a sungguh tidak di sangka. ” saya tidak tahu, masalah ini belum terjadi di negeri kami”,
guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kamu kembali pada
esok hari.
Pada keesokan harinya, lelaki itu kembali sambil
memimpin keldai yang menjadi kenderaannya. Dia telah bersiap-siap untuk kembali
ke negerinya. Dia berkata ” wahai Imam Malik Rah.a! bagaimana dengan soalan
saya semalam?” Imam Malik Rah.a menjawab ” saya masih belum tahu jawapannya”
Orang itu berkata ” wahai Imam Malik Rah.a soalan
ini telah diberikan oleh penduduk kotaku di Maghrib. Mereka berkata bahwa
tiada orang yang lebih alim daripada tuan di muka bumi ini. Apakah yang harus
saya katakan kepada meraka nanti?
Selagi Imam Malik Rah.a menjawab dengan bersahaja ”
apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik Rah.a tidak tahu”
(dipetik dari kitab karangan Al-Qadhi ’Iyadh
[w.544h] yang bertajuk Tartibul-Madarik wa Taqribul-Masalik li Ma’rifat A’lami
Ashabi Malik)
kita dapat lihat dari kisah Imam Malik Rah.a
sangat berhati-hati dalam dalam menjawab persoalan tentang agama yang telah di
ajukan kepada beliau. Jika tidak tahu jawapan bagi sesuatu persoalan, beliau
tidak memaksa untuk menjawabnya dan tanpa malu-malu beliau mengucapkan SAYA TIDAK TAHU.
Berbeza dengan zaman
sekarang ini ( moga kita di jauhkan darinya) walaupun kita tak tahu tentang
perkara tersebut malah tidak pakar pun dalam bidang tersebut seboleh mungkin
ingin menjawab seolah-olah macam dia tahu benda itu.
Imam Malik Rah.a pernah berkata ”jika seseorang
mengabaikan (kalimat) SAYA TIDAK TAHU,
maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan”.
Ucapan ”SAYA
TIDAK TAHU” teryata bukanlah satu kehinaan di mata ulama-ulama islam malah
ianya adalah satu kebangaan.
Sekian..= )
Harap masih tahu jalan ke kebun di pt yassin dan juga pt raja...
ReplyDeleteAnak harapan mak n abah x bleh ckp x tahu...
Sincerly...
Hang kebun ...
hehehe..insya allah..itu mmg kene hafal 2..
ReplyDelete