Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

tips cari tempat praktikal


Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips-tips untuk mereka yang hendak mencari tempat praktikal semua ini adalah berdasarkan pendapat sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain.

1-      Betulkan Niat

Yang pertama sekali niat kita kenalah betul, nak praktikal ini kita nak tambahkan ilmu supaya dapat bantu orang satu hari nanti. Paling penting niat kita kerana Allah dapat pahala insya allah.

2-      Tanya Elaun

Jangan malu dan segan ini adalah hak anda, tak salah pun Tanya “berapa ye elaun yang saya dapat?” ringankan mulut untuk bertanya. Bagi saya, elaun ini juga antara factor yang memberi motivasi kepada kita. Cuba bayangkan orang lain praktikal dapat elaun praktikal ratus-ratus malah ada yang cecah ribu tapi anda praktikal dalam elaun ciput sahaja malah ada yang tak dapat langsung! Kerja lebih kurang sama sahaja.ha..pikir!

tanya jangan tak tanya


3-      Lihat Kawasan

Kalau ada kelapangan masa cuba pergi sendiri kawasan yang kita nak praktikal untuk lihat suasana dan kawasan di sana antara yang perlu dititik beratkan adalah tempat solat (ada company yang tak sediakan tempat solat),kedai makan, kawasan parking (bayar atau tidak), bank (untuk urusan bayar yuran,masukkan duit),rumah sewa(kalau yang tak nak duduk dengan family) dan sebagainya

4-      Nasihat Tambahan

Ada perlu tahu bahawa company pun sama macam manusia macam makin kaya makin kedekut.(tak semua)



Anda Cuma praktikal sahaja, kalau boleh carilah company yang sedang-sedang sahaja tak terlampau besar dan terlampau kecil. Maksudnya kalau besar sangat takut kita tak dapat belajar banyak benda sebab kita ditugaskan di satu department sahaja tak tukar mana-mana. Kalau kecik sangat takut nanti kita dapat kerja yang terlampau banyak dan semua benda/kerja anda kena buat.




bagi yang muslim carilah company yang muslim juga kalau boleh sebab kita semua paham yang masing-masing punyai tanggungjawab yang perlu di tunaikan iaitu solat.

Akhir sekali,jika anda tak dapat apa yang anda harap dan idamkan semasa praktikal ini, rujuklah pada tips nombor satu (1) mmungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda.

p/s: maaf tak ada ‘intro’ terus straight to the point je.

Sekian..= )




Friday, August 10, 2012

tak tau..tak tau..


Assalamualaikum..

Hari pertama masuk praktikal adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat saya ini kerana apabila sebelum saya dikenalkan kepada staff di pejabat mula-mula sekali saya diperkenalkan kepada ‘senior manager’ di pejabat.

Sesuatu yang tak diduga oleh saya dan mungkin juga oleh staf-staf lain ialah saya awal-awal lagi telah diberi “tazkirah pagi” oleh beliau. Tak lama adalah lebih kurang hampir sejam saya menadah telinga mendengar dan mengangguk apa yang dikatakan oleh beliau.
Usahlah saya cerita apa yang di berikan cukuplah biar saya simpan dalam hati ini akan tetapi antara perkataan beliau yang memberi kesan kepada saya ialah

1)                  perkataan “kot”
      memang banyak kali di ingatkan jangan guna perkataan “kot” kerana ianya menunjukkan kita tak yakin dengan apa yang kita cakap

2)                  ambil tahu
      walaupun perkara itu bukan dalam bidang kita, paling kurang kita perlu ambil tahu supaya tidak lah kita hanya dalam dunia kita sahaja bak kata pepatah ‘bagai kata di bawah tempurung’

3)                  belajar mengatakan “saya tidak tahu”
      tak payah nak belagak macam kita tahu segalanya, sedarlah yang diri kita ini tidak tahu perkara itu.


Inilah tiga (3) perkara yang agak memberi kesan pada saya. Kiranya adalah juga input yang saya dapat dari ”tazkirah pagi” itu. saya ada kisah bagaimana dengan berkata tidak tahu pun sebenarnya dapat beri menafaat juga.



Seorang lelaki menempuh perjalanan yang sangat melelahkan dari maghrib ke madinah. Dia membawa beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada Imam Malik Rah.a. soalan ini diberikan oleh penduduk kampungnya untuk mendapat jawapan langsung daripada Imam Malik Rah.a yang mahsyur itu.

Dengan menaiki seekor keldai, perjalanan ini mengambil masa berminggu-minggu bahkan mungkin juga mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Setibanya di sana, dia segera mendatangi majlis Imam Malik Rah.a. di hadapan semua hadirin, lelaki ini segera menyampaikan soalannya. 

Jawapan Imam Malik Rah.a sungguh tidak di sangka. saya tidak tahu, masalah ini belum terjadi di negeri kami”, guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kamu kembali pada esok hari.

Pada keesokan harinya, lelaki itu kembali sambil memimpin keldai yang menjadi kenderaannya. Dia telah bersiap-siap untuk kembali ke negerinya. Dia berkata ” wahai Imam Malik Rah.a! bagaimana dengan soalan saya semalam?” Imam Malik Rah.a menjawab ” saya masih belum tahu jawapannya”

Orang itu berkata ” wahai Imam Malik Rah.a soalan ini telah diberikan oleh penduduk kotaku di Maghrib. Mereka berkata bahwa tiada orang yang lebih alim daripada tuan di muka bumi ini. Apakah yang harus saya katakan kepada meraka nanti?

Selagi Imam Malik Rah.a menjawab dengan bersahaja ” apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik Rah.a tidak tahu”

(dipetik dari kitab karangan Al-Qadhi ’Iyadh [w.544h] yang bertajuk Tartibul-Madarik wa Taqribul-Masalik li Ma’rifat A’lami Ashabi Malik)
 

lebih BAIK dari semalam




kita dapat lihat dari kisah Imam Malik Rah.a sangat berhati-hati dalam dalam menjawab persoalan tentang agama yang telah di ajukan kepada beliau. Jika tidak tahu jawapan bagi sesuatu persoalan, beliau tidak memaksa untuk menjawabnya dan tanpa malu-malu beliau mengucapkan SAYA TIDAK TAHU.

 Berbeza dengan zaman sekarang ini ( moga kita di jauhkan darinya) walaupun kita tak tahu tentang perkara tersebut malah tidak pakar pun dalam bidang tersebut seboleh mungkin ingin menjawab seolah-olah macam dia tahu benda itu.

Imam Malik Rah.a pernah berkata ”jika seseorang mengabaikan (kalimat) SAYA TIDAK TAHU, maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan”.

Ucapan ”SAYA TIDAK TAHU” teryata bukanlah satu kehinaan di mata ulama-ulama islam malah ianya adalah satu kebangaan. 



Sekian..= )


Wednesday, August 1, 2012

setelah sekian lama


Assalamualaikum..

Hari ini bermula sesi praktikal saya selama enam (6) bulan di JCIA Services Sdn Bhd. Pejabat saya dalam menara Ansar tingkat 12 tinggi jugalah bangunan itu sama sahaja macam Kampus Bandaraya Melaka (KBM).

Sebahagian kami pelajar perakaunan yang menjalani sessi praktikal ogos 2012 -januari 2013 memilih untuk mencari tempat praktikal di negeri kelahiran masing-masing kerana ingin duduk bersama keluarga,kalau yang dapat biasiswa JPA sebab hendak ‘claim’ kos perjalanan(untungkan?) dan macam-macam lagi.

Bagi saya praktikal di johor ini adalah kerana satu sebab sahaja iaitu saya ingin gamit kembali memori ketika saya kecil-kecil dahulu. Satu perkara yang saya ingin lakukan  kembali dan sekarang ini diberi peluang untuk berbuat demikian perkara tersebut ialah salam cium tangan mak dan abah setiap kali sebelum keluar rumah.

Saya agak hampir Sembilan (9) tahun saya tidak berpeluang  berbuat demikian maklumlah naik sahaja tingkatan satu (1) saya telah masuk sekolah asrama penuh di Kluang selepas itu saya terus melanjutkaan pelajaran di maahad johor sebelum memasuki alam university menyambung pelajaran dalam diploma di UiTM bandaraya johor(minggu orentasi sahaja) dan UiTM segamat seterusnya mengambil Ijazah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka(KBM).

Dahulu ingat lagi pagi-pagi lagi saya akan bersiap sebelum abah hantar kami adik beradik ke sekolah dan sebelum keluar rumah kami akan salam cium tangan mak dahulu dan apabila abah sudah hantar kami ke sekolah baru salam cium tangan abah.

Alhamdulilillah, mulai pagi tadi hinggalah 6 bulan akan datang amalan ini akan saya terapkan dalam diri saya. Semoga dengan berkat saya cium tangan mak dan abah dapat membantu saya menghadapi hari-hari yang mendatang. Insya allah..



p/s : moga dapat istaqamah ye..

sekian..= )