Monday, August 13, 2012

resipi daripada mak


Assalamualaikum..

Entri ini KHAS untuk kakak saya yang diperantauan. Raya nanti buatlah resipi yang mak bagi ni.

SAMBAL GORENG IKAN BILIS DAN TEMPE



Bahan A
1 paket tempe
1 cawan ikan bilis (digoreng)
1 sudu makan jus limau@cuka
½ cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Bahan B
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Membuat
1.                  Tempe dipotong kecil dan digoreng garing
2.                  Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan masukkan
                   jus limau atupun cuka
3.                  Masukkan garam dan gula
4.                  Apabila pecah minyak, masukkan ikan bilis dan tempe
5.                  Gaul rata dan angkat dari kuali
6.                  sedia dihidangkan





Sambal Goreng Tempe.




Persediaan= 20minit               masak = 25minit

Penyediaan bahan
4 keping tempe
minya untuk mengoreng
4 keping tauhu keras
45g suun
450g udang, dibuang kulit dan uratnya
1/2 camcateh garam
4 camcabesar minyak
1biji bawang besar, dihiris

Bahan giling
15 biji cili kering(direndam)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 ½ cm kunyit hidup
2 ½ x 1 ¼ cm belacan

2biji cili merah
2biji cili hijau                 di buang biji dan dihiris serong



 
1 camcateh penuh asam jawa 
¼ cawan air                                                         di bancuh dan di tapis

1biji kela[a parut (ambil 3 cawan santan)
150g kacang panjang (dipotong)
1 ½ camcateh garam


Masak
1.                  potong tempe setebal 2 ½ cm dan goring hingga garing, angkat dan toskan. Tauhu putih keras dibelah 4 dan goreng, angkat dan toskan.
2.                  basuh suun, toskan dan goreng, angkat dan toskan. Perasakan udang dengan garam dan perapkan
3.                  pijarkan minyak sebanyak 4camcabesar dalam kuali dan tumiskan bawang hingga perang. Masukkan bahan giling,cili hiris dan goreng hingga wangi dan pecah minyak
4.                  masukkan udang dan kacau selama 2 minit kemudian bubuh air asam dan santan. Didihkan perlahan-perlahan kemudian masukkan kacang panjang,tauhu goreng dan suun. Rendihkan hingga kacang masak. Perasakan dengan garam.
5.                  hidangkan dengan nasi putih

*tempe yang baru boleh di simpan dalam peti ais 2-3 hari tetapi akan bercendawan bila tidak baik.

p/s : ini resepi orang jawa.

sekian..= )

 

8 comments:

  1. Comment sblm ni ilang..sedihh..

    ReplyDelete
  2. Harap tuan blog dpt menyediakan resepi diatas bg menganttikan tugas mak dn akak yg diperantauan..
    Kami dh jemu minum air teh n nasi kosong air tgn tuan blog...harap ada resepi lain utk dibedal oleh kami...

    Sekian terima kasih..
    Yg ikhlas...tukang beli brg dapo sehari sblm raya..huhuhuu

    ReplyDelete
  3. wah, pasni kau jadi org kuat dapur mak la zaki. resepi dah ada. apa lagi..sila bersilat di malam raya.

    ReplyDelete
  4. em..saya tuan blog ni sebab pandai masak sangat jadi kene tengok dari jauh je..

    nak rasa masakan tuan blog kenelah datang rumah tuan blog. = )

    ReplyDelete
  5. comment sebelum ini ilang ye..tak pe boleh cuba lagi anonymous.

    ReplyDelete
  6. kuat tak kuat jugak la kak ju..hehe..takpe menantu mak da bertambahkan..hehe..

    ReplyDelete
  7. kakju takda la rajin sgt masak, tapi kalau nak banding dengan kau, alamatnya kena work hard bertahun2 la nak celen skill kakju yg sedia ada ni..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa..hero datang lambat.dia tak nak menunjuk diri.

      Delete