Assalamualaikum..
Di suatu kampong pendalaman terdapat seorang kaya yang sangat baik dan
sentiasa membantu penduduk kampongnya. Sesiapa sahaja yang datang ke rumah
orang kaya ini pasti akan dapat apa yang mereka hajati. Pada suatu hari, datang
tiga orang kampong untuk meminjam pinggan daripada orang kaya. Orang kaya ini
dengan senang hati telah memberi pinjam kepada 3 orang kampong ini.
Setelah beberapa tempoh maka 3 orang kampong ini telah memulang kembali
apa yang telah mereka pinjam daripada orang kaya tersebut. Orang kampong
pertama telah memulangkan pinggan dalam keadaan yang bersih sepertimana keadaan
pinggan orang kaya memberi pinjam.
Manakala orang kampong yang kedua pula telah memulangkan semula pinggan
kepada orang kaya dalam keadaan pinggannya itu kotor dan tidak bersih. akan
tetapi,Orang yang ketiga pula memulangkan pinggan yang di pinjam dalam keadaan
pinggan itu terdapat supik malah ada juga yang pecah.
Maka, apa yang di buat oleh orang kaya tersebut bila mendapat pinggan
yang diterima dari 3 orang kampong?
Pinggan yang pertama, orang kaya
akan ambil dan simpan dengan baik pinggan yang dipulangkan. Pinggan yang kedua
pula, orang kaya tersebut membersihkan dahulu pinggan tersebut baru boleh di
simpan dalam rak. Akan tetapi, bagi pinggan yang ketiga pula orang kaya telah
membuang pinggan itu ke tong sampah kerana tidak boleh di gunakan lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah salah satu misalan yang saya dapat bagi mengambarkan manusia pada
hari akhirat kelak. Pinggan yang di maksudkan di sini ialah nilai dan kualiti
iman yang ada dalam diri kita.Manusia secara kasarnya akan terbahagi kepada 3
golongan.
Golongan pertama ialah mereka yang sentiasa menjaga iman mereka dengan
baik. Maka Allah telah ambil imannya itu dan memasukkan orang ini kedalam
syurga tanpa ada sebarang masalah.
Seterusnya ialah golongan yang kedua yang jumpa Allah pada hari kiamat
nanti dalam keadaan imannya itu kotor di sebabkan amal-amal buruk yang pernah
di lakukannya di dunia ini. Allah akan ambil imannya itu dan memasukkannya
kedalam neraka untuk ‘di CUCI’ sebelum mereka dapat di masukkan kedalam syurgan
seperti golongan yang pertama.
Akhir sekali ialah golongan yang membawa iman mereka tidak sempurna.
Terdapatnya kecacatan dalam kepercayaannya maka Allah sangat-sangat tidak suka
bila perkara ini berlaku. Maka apa yang jadi dia di buang kerana tidak dapat
memberi menafaat dan membahayakan orang bila digunakan.
ha,bagaimana keadaan dan nilai pinggan anda? tepuk dada tanya iman..mari kita sama-sama jaga agar ianya molek sentiasa..insya Allah..
ha,bagaimana keadaan dan nilai pinggan anda? tepuk dada tanya iman..mari kita sama-sama jaga agar ianya molek sentiasa..insya Allah..
p/s : salam
lebaran..tahun ini beraya di mana?
Sekian…= )
No comments:
Post a Comment