Assalamualaikum..
Semua orang
mempunyai kelebihan yang allah telah berikan dan dengan kelebihan itulah
sesorang itu di bezakan. Saya Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur atas
segala nikmat dan rezki yang Allah telah berikan kepada saya setakat ini dengan
adanya keluarga,kawan-kawan keadaan sekeliling yang membantu saya untuk terus
menghadapi mehnah dunia yang penuh mencabar ini.
Dalam nikmat yang
di beri ini saya masih lagi cemburu pada beberapa perkara yang ada pada orang
lain yang mana kadang-kadang saya tak ada. Bila tengok mereka-mereka ini hati
saya selalu berkata ‘bestnya kalau aku ada apa yang dia ada’
Pertamanya,saya
sangat cemburu pada mereka yang di kurniakan suara yang merdu. Allah..cemburunya
bila mereka gunakan suara merdu mereka ini bila jadi imam atau laungkan azan
bila masuk waktu solat.
Kedua ,saya
cemburu pada mereka yang boleh angkat tangan dan berdoa lama-lama.saya pernah
lihat satu orang itu dia boleh berdoa lebih dari 10minit!Allah..hebat sungguh.
Doa adalah senjata mukmin,ia adalah satu hadiah yang Allah telah bagi pada
hamba-hambaNya yang beriman. Setiap apa yang kita minta insya Allah Allah pasti akan Qabulkan
sama ada lambat atau cepat itu lain cerita. Saya pernah cuba untuk angkat
tangan dan berdoa selama mana yang saya mampu tapi akhirnya saya hanya baca doa
yang biasa saya baca sahaja.
Dan yang
terakhir, saya ter amat cemburu kepada mereka yang boleh menangis bila berdoa terkenangkan
dosa-dosa silam , di beri nasihat yang membina,tatakala di beri ujian yang
berat dan sebagainya. Ini lagi lah payah saya nak dapat di tambah pula saya
seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.
Saya pernah
dengar orang bagi tazkirah ‘bila kita berdoalah tu,kalau boleh
menangislah,kalau tak boleh nangis buat-buatlah menangis’. Saya ? buat-buat
nangis pun agak sukar bagi saya.hehe..teruk kan? Hurm..
Sekian..= )

