Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

dah solat?



Assalamualaikum..




Sudah solat?dalam dunia yang serba maju dan moden ini(orang kata) kita lihat ramai orang yang telah disibukkan dengan urusan dunia mereka. Sampaikan solat ini boleh jadi isu sensetif jika di sentuh.

Ramai sekarang ini orang islam telah tinggalkan perintah solat. Antara sebab orang ramai tinggal perintah Allah yang agung juga soalan yang kedua ditanya selepas pertanyaan iman kerana mereka tak anggap solat ini dapat membantu mereka meyelesaikan masalah malah ada yang menganggap ianya sebagai beban(na’uzubillah min zalik)

Bila difikir,kefahaman kita tentang perkara solat ini sangat-sangat berbeza dengan kefahaman yang ada pada zaman Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wassalam dan para sahabat mereka telah anggap solat ini adalah satu hadiah yang sangat besar dan bernilai.mereka telah selesaikan hampir seluruh masalah dan hajat mereka hanya dengan perantaraan solat. Malah nabi dalam satu riwayat bersabda “solat adalah penyejuk mata ku”

Hari ini,kita(saya terutamanya) masih tak yakin bahawa dengan solat dapat selesaikan masalah,masih lagi mengharap pada benda lain.ade tu jiwa kacau,otak serabut diri tengah stress. Nak cari ketenangan dia pergi makan banyak-banyak itu kira ok ay lagi ada nak tenangkan diri dengan buat perkara yang boleh gelapkan hati.kan jauh tu salah fahamnya.

agak-agak sudah tak ada harapan baru nak cari Allah.Allah kita letak akhir-akhir.tapi dengan Kasih dan SayangNya kepada kita masih lagi diberi nikmat.

Aduhai..


comelkan?


Oh Allah, betapa jauhnya salah faham kami dalam agama ni.berilah kami kefahaman dalam agama dengan kau pilih kami bermujahadah dan buat pengorbanan di JalanMU.

Banyak korban banyak faham

Sikit korban sikit faham

Tak korban?salah fahamlah jadinya…


Sekian..=)

Monday, December 31, 2012

aku dulu!



Assalamualaikum..

Esok sudah mula hari baru bagi tahun baru, sudah setahun saya berkongsi cerita dan kisah yang saya rasa boleh bagi manfaat kepada semua orang. Apa yang baik ambil dan jadikan panduan dan mana yang kurang baik bolehlah kita sama-sama buat sempadan dan iktibar untuk hari yang mendatang



Tujuan saya buat blog ini supaya mudah untuk saya rujuk kembali apa-apa yang saya pelajari,faham dan ketahui supaya saya dapat amal suatu hari nanti in shaa Allah. Sungguh, entri yang saya buat selama setahun ini ditujukan untuk saya kerana sayalah yang perlu buat apa yang saya cakap dan beritahu.

Semoga saya tak tergolong dalam kalangan mereka yang Allah campakkan ke dalam api neraka sebagaimana hadis Di dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadis Usamah bin Zaid RA:

 Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keldai yang menggerakkan penggilingan. Penghuni neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya: ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab: ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri melakukannya’.”


Semoga hari saya dan kamu semua bertambah baik dan yang paling penting lebih BAIK dari semalam.

Sekian..= )

Wednesday, August 8, 2012

nafsu dalam diri


Assalamualaikum..

“Jangan ikutkan hati, ikutkan hati nanti mati
jangan ikutkan nafsu, ikutkan nafsu nanti lesu”

inilah antara kata-kata nasihat orang tua-tua kita?(yeje)

em,tak tahu nak cerita apa sebenarnya tapi dari tadi rasa nak menaip sahaja walaupun tak ada idea.  Dalam Al-Quran terdapat banyak kisah yang telah Allah rakamkan untuk pedoman kita manusia yang sentiasa alpa.

Antara cerita yang paling saya minat ialah mengenai surah yusuf. Ia adalah satu-satunya surah yang khas menceritakan mengenai kisah hidup Nabi Yusuf ’Alaihis Salam dari baginda kecil sehingga meningkat dewasa serta bagaimana cara Allah mentarbiah Nabi Yusuf.

 Pada permulaan surah lagi Allah telah menyatakan bahawa ianya adalah sebaik-baik cerita.


”Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.”

selain itu, Allah juga ada menceritakan bahawa nafsu ini sifatnya yang sentiasa mengajak kepada keburukan,kejahatan dan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Hanya mereka yang berada di bawah pemeliharaan Allah sahaja yang mampu mendidik dan mengawal pemeliharaan Allah.



”Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Allah..saya sendiri jujurnya masih sentiasa kalah dan tewas dengan godaan hawa nafsu. Jadi, saya harap sangat dengan berkat bulan Ramdhan ini saya diberi kekuatan untuk melawan dan menundukkan nafsu ini.



”Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.” (Riwayat Bukhari)

Ya Allah diriku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, janganlah disebakan kekurangan dan kelemahanku ini menjadi Asbab(punca) timbulnya fitnah dalam AgamaMu.

Ya Allah, pandanglah aku dengan pandagan RahmatMu kau letakkanlah aku ini dalam pemeliharaanMu kerana aku yakin dan pasti tiada sesiapa yang dapat memeliharaku melainkan Dikau ya Allah.

kisah mengenai suruh yusuf.KLIK 

 
Sekian..= )


Tuesday, August 7, 2012

jika dan jika


Assalamualaikum..

Benda ini saya ambil dari entri lama kawan saya harap-harap dia tak perasan dan kalau dia perasaan pun jangan marahlah ya nanti cepat tua.



Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintakku padaMu.
Ya MUHAIMIN,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tak berpaling hatiku daripadaMu.
Ya RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Align Center

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU
janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia 
kepadaMU

Ya ALLAH,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.




hurm..jiwangkan?sikit-sikit boleh kan?hehehe..

sekian..= )

Thursday, May 31, 2012

aku pun nak jugak


Assalamualaikum..

Semua orang mempunyai kelebihan yang allah telah berikan dan dengan kelebihan itulah sesorang itu di bezakan. Saya Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur atas segala nikmat dan rezki yang Allah telah berikan kepada saya setakat ini dengan adanya keluarga,kawan-kawan keadaan sekeliling yang membantu saya untuk terus menghadapi mehnah dunia yang penuh mencabar ini.

Dalam nikmat yang di beri ini saya masih lagi cemburu pada beberapa perkara yang ada pada orang lain yang mana kadang-kadang saya tak ada. Bila tengok mereka-mereka ini hati saya selalu berkata ‘bestnya kalau aku ada apa yang dia ada’

Pertamanya,saya sangat cemburu pada mereka yang di kurniakan suara yang merdu. Allah..cemburunya bila mereka gunakan suara merdu mereka ini bila jadi imam atau laungkan azan bila masuk waktu solat. 


Kedua ,saya cemburu pada mereka yang boleh angkat tangan dan berdoa lama-lama.saya pernah lihat satu orang itu dia boleh berdoa lebih dari 10minit!Allah..hebat sungguh. Doa adalah senjata mukmin,ia adalah satu hadiah yang Allah telah bagi pada hamba-hambaNya yang beriman. Setiap apa yang kita  minta insya Allah Allah pasti akan Qabulkan sama ada lambat atau cepat itu lain cerita. Saya pernah cuba untuk angkat tangan dan berdoa selama mana yang saya mampu tapi akhirnya saya hanya baca doa yang biasa saya baca sahaja. 




Dan yang terakhir, saya ter amat cemburu kepada mereka yang boleh menangis bila berdoa terkenangkan dosa-dosa silam , di beri nasihat yang membina,tatakala di beri ujian yang berat dan sebagainya. Ini lagi lah payah saya nak dapat di tambah pula saya seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.





Saya pernah dengar orang bagi tazkirah ‘bila kita berdoalah tu,kalau boleh menangislah,kalau tak boleh nangis buat-buatlah menangis’. Saya ? buat-buat nangis pun agak sukar bagi saya.hehe..teruk kan? Hurm..

Sekian..= )