Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

kalau cinta..buktikan!



Assalamualaikum..

Di riwayatkan oleh Baihaqi dan ibnu Asakir dari Abu Rafi katanya :

Umar Al-Khatab R.hu telah mengirim satu pasukan ke Romawi dan di antara mereka terdapat seorang sahabat  Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam yang bernama Abdullah bin Hudzafah R.hu. Ketika berada di Rom pasukan yang dikirim oleh Umar Al-Khatab R.hu telah di tangkap dan di hadapkan kepada Raja Rom.

Raja Rom telah diberitahu bahawa terdapat sahabat  Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam dalam pasukan tersebut dan memanggil Abdullah bin Hudzafah R.hu  dan berkata “mahukah kamu selamat dan aku akan membagi separuh kekuasaan dan kerajaanku kepadamu?”

Abdullah bin Hudzafah R.hu  menjawab “ Jika engkau memberiku seluruh yang kau miliki dan seluruh yang di kuasai oleh orang-orang arab dengan syarat aku meninggalkan agama Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam, maka sesekali aku tidak akan melakukan walaupun sekelip mata!”

Kata raja Rom “kalau begitu aku akan membunuhmu” jawab Abdullah bin Hudzafah R.hu “itu hakmu”

Lalu raja memerintahkan tentaranya untuk menyalib Abdullah bin Hudzafah R.hu  dan mengarahkan pemanah-pemanahnya “panahlah dia dekat dengan kedua kaki dan tangannya (dengan maksud untuk menakut-nakutkan). 

Selain itu raja Rom juga mendesak Abdullah bin Hudzafah R.hu  untuk memeluk agama Nasrani akan tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Abdullah bin Hudzafah R.hu. Selanjutnya, Raja Rom itu telah mengarahkan supaya di sediakan tempayan besar dengan dituang air kedalamnya dan dipanaskan sehingga mendidih lalu dipanggil dua orang tawanan yang lain untuk memasukkan salah seorang kedalam tempayan tersebut dengan tujuan supaya Abdullah bin Hudzafah masuk kedalam agama Nasrani.



[gambar Hiasan]


Akan tetapi Abdullah bin Hudzafah R.hu  tetap menolak, akhirnya raja Rom tersebut mengarahkan supaya Abdullah bin Hudzafah R.hu  sendiri di masukkan kedalam tempayan besar tersebut. Ketika dia dibawa ke tempayan Abdullah bin Hudzafah R.hu  mula menangis. Pihak tentera telah melaporkan perkara ini kepada Raja.

Pada itu Raja mengira bahawa Abdullah bin Hudzafah R.hu sudah mula berasa takut dan memanggil semula Abdullah bin Hudzafah R.hu  untuk mengajak masuk ke agama Nasrani. Jawapan Abdullah bin Hudzafah R.hu  tetap sama sehingga raja bertanyan “Jadi, apakah yang menyebabkan kamu menangis?”

Kata Abdullah bin Hudzafah R.hu “yang menyebabkan aku menangis kerana aku berkata kepada diriku sendiri ; seandainya kamu dilemparkan kedalam tempayan itu kamu akan segera lenyap,seandainya setiap helai bulu yang ada di badanku menjadi nyawa maka akan ku gunakan(satu-persatu) untuk membela agama Allah”

Mendengar itu raja menukar fikiran dan berkata “apakah engkau mahu mencium kepala aku dan aku akan membebaskan kamu?” Abdullah bin Hudzafah R.hu “juga seluruh tawanan muslim?” raja membalas “dan seluruh tawanan muslim”

Kata Abdullah bin Hudzafah R.hu kepada dirinya “ Dia adalah musuh di antara musuh-musuh Allah tidak mengapa aku mencium kepalanya asalkan tawanan muslim yang lain dapat di bebaskan”

Lalu Abdullah bin Hudzafah R.hu  menghampiri raja dan mencium kepalanya. Kerana ciuman Abdullah bin Hudzafah R.hu  semua tawanan muslimin telah dilepaskan.

Apabila kembali kepada Umar Al-Khatab R.hu, Abdullah bin Hudzafah R.hu  telah menceritakan apa yang berlaku. Umar Al-Khatab R.hu berkata “ Wajib bagi setiap orang islam untuk mencium kepala Abdullah bin Hudzafah R.hu dan aku yang paling dahulu melakukannya”.

[ Kanzul Ummal(7/67)- Al-Isabah (2/297) ]



p/s : bila seseorang mencintai seseorang, dia akan mengingatinya sebanyak-banyaknya

Sekian..= )


Tuesday, August 7, 2012

jika dan jika


Assalamualaikum..

Benda ini saya ambil dari entri lama kawan saya harap-harap dia tak perasan dan kalau dia perasaan pun jangan marahlah ya nanti cepat tua.



Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintakku padaMu.
Ya MUHAIMIN,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tak berpaling hatiku daripadaMu.
Ya RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Align Center

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU
janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia 
kepadaMU

Ya ALLAH,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.




hurm..jiwangkan?sikit-sikit boleh kan?hehehe..

sekian..= )