Showing posts with label kuiz. Show all posts
Showing posts with label kuiz. Show all posts

Monday, January 21, 2013

batal sahaja



Assalamualaikum..

Hari ini kita ulang kaji balik perkara-perkara yang membatalkan. Saya ambil tiga perkara wudhu, solat dan puasa. Ingat, selain dari perkara yang tertulis di bawah kita masih lagi tidak batal.


Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu' iaitu:
1        Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
2    Tidur yang tidak tetap punggungnya,
3    Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
4    Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau  lapik.
5    Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.




11 perkara yang membatalkan Solat :
1    Meninggalkan salah satu rukun solat
2    Berhadas kecil atau besar
3    Makan atau minum
4    Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
5    Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
6    Berkata-kata
7    Berpaling dada daripada arah kiblat
8    Ketawa dengan mengeluarkan suara
9    Terbuka aurat dengan sengaja
10  Berubah niat
11  Murtad




8   Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1   makan dan minum dengan sengaja
2   mengeluarkan air mani dengan sengaja
3   haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4   muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan        sengaja
5   melakukan persetubuhan
6   gila walaupun sebentar
7   murtad
8   berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


JADI,semua sudah tahukan perkara yang boleh membatalkan? Saya ada teka teki berdasarkan perkara di atas

1                    apakah yang boleh keluar tapi tak boleh masuk?
                  PUASA
2                    Apakah yang tak boleh masuk dan tak boleh keluar?
                  SOLAT
3                    Apakah yang boleh masuk dan tak boleh keluar?
                  WUDHU
4                    Apakah yang boleh keluar dan boleh juga masuk?
                  Selain di atas (HADAS KECIL)


Okay, kita layan video ini pada minit yang kelapan pula



Ha, batal ke tidak?


Jawapannya.. sila rujuk pada ustaz/ustazah = D




Sekian..= )

Friday, September 21, 2012

sujud tilawah


Assalamualaikum..

Pada hari jumaat kalau kita pergi solat jemaah  di masjid/surau imam yang membaca surah sajdah akan membaca Surah As-sajdah dan apabila sampai pada satu ayat ini imam akan sujud dan selepas itu bangun semula untuk meneruskan bacaan. Jadi, sujud itu adalah sujud tilawah (jangan ingat imam tersalah rakaat pula).



Sujud Tilawah adalah salah satu sujud yang sering kita lakukan semasa membaca Al-Quran apabila kita membaca ayatnya atau mendengar bacaan orang lain yang di dalamnya mengandungi perkataan sujud

Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah

DALIL

Hadith Ibnu Umar: “Nabi s.a.w pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sehingga ada salah seorang di antara kami tidak mendapat tempat untuk menjadikan tempat bersujud.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Para ulama’ berpendapat bahawa sujud tilawah sama seperti ibadah solat yang perlu memenuhi syarat-syarat utama seperti suci tubuh badan,berwuduk,tempat sujud bersih dari najis,mengadap kiblat dan menutup aurat.Mereka mengharuskan bertakbir untuk sujud dan mengucap salam setelah bangun dari sujud sama seperti solat.

BACAAN DALAM SUJUD



Maksudnya:

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".

Jika tak dapat menghafal ayat ni, cukuplah sekadar kita baca: “Sajjada wajhialillah.” Jika tak dapat membacanya juga oleh kerana terlupa, maka cukuplah sekadar membaca tasbih seperti biasa ketika sujud.


Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.

Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

KELEBIHAN 


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(al-Bukhari dan Muslim)

Sekadar inilah secara ringkas tata cara sujud tilawah yang perlu diambil berat oleh kita samada ketika solat atau ketika membaca Al-Quran apabila melalui ayat sujud.Insyaallah hanya Allah Ta’ala sahaja mengetahui ganjarannya.Jom sama-sama kita amalkan untuk kebaikkan kita. :)

Ops..cuba jawab kuiz ni dulu..(highlight guna 'cursor' untuk jawapan)

1.      Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat (ayat sajadah) yang disunatkan sujud tilawah apabila membacanya, berapakah bilangan ayat sajadah tersebut ?
- 14 ayat , dan dikatakan 15 ayat, termasuk surah Sod : Surah Al A’raf ayat 206,Surah Ar Ro’du ayat 15,Surah An Nahl ayat 49-50,Surah Al Isra’ ayat 107-109,Surah Maryam ayat 58,Surah Al Hajj ayat 18,surah Al Hajj ayat 77,Surah Al Furqan ayat 60,Surah An Naml ayat 25-26,Surah As Sajdah ayat 15,Surah Fushilat ayat 38 (menurut jumhur ulama’), Surah Shaad ayat 24,Surah An-Najm ayat 62 (ayat terakhir),Surah Al Insyiqaq ayat 20-21,Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)

2.      Surah apakah yang terdapat dua ayat sajadah dalamnya?
- Surah al-Hajj
3.      Apakah nama surah yang dinamakan dengan nama hari ?
- Surah al-Jum’ah
4.      Satu surah , dinamakan dengan salah satu rukun Islam, apakah surah itu?
- Surah al-Hajj
5.      Surah ini dinamakan dengan nama seorang wanita , apakah nama surah ini ?
- Surah Maryam
6.      Apakah nama surah yang dimulakan dengan tasbih, dan diakhiri juga dengan tasbih ?
-
Surah al-Hasyr
7.      Dalam al-Quran, hanya satu nama sahabat Nabi s.a.w  disebut , siapakah sahabat itu?
- Zaid bin Harithah , dalam surah al-Ahzab ayat 37
8.      Apakah nama surah yang paling panjang dalam al-Quran ?
- Al-Baqarah , kerana ada 286 ayat
9.      Sebutkan 5 nama al-Quran yang masyhur :
- Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Qur’an , at-Tanzil
10. Apakah ayat yang paling panjang dalam al-Quran ?
- Ayat ad-Dayn (yang mana dalamnya terdapat hukum-hakam berkenaan dengan hutang ) , iaitu ayat 282 , surah al-Baqarah


Sekian..= )

                http://qafmimra.net/2010/04/27/kuiz-al-quran/