Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

sambutan Ibadah Qurban 2012/1433 di Skudai



Assalamualaikum..

Hari ini seronok sangat, di masjid saya ada majlis ibadah Qurban semua sekali 20 ekor iaitu 12 ekor lembu dan 8 ekor kambing. Tahun ini juga ramai ahli keluarga saya yang buat ibadah Qurban selain dari saya, nenek,abah,mak,ngah,kak ju,zuhdi dan andak(Aqiqah) juga turut sama melakukan ibadah Qurban. 

Alhamdulillah..semua berjalan lancar Cuma adalah sedikit yang menerima kecederaan tetapi majlis dapat juga dijalankan sehingga sesi pembahagian daging kepada penduduk taman.
Saya rasa entri kali ini panjang,siapa yang sudi sila la ‘scroll’ lagi ke bawah..

Lembu saya giliran yang ke empat dan dalam banyak lembu yang hendak di Qurban lembu sayalah yang paling hitam, jadi saya panggil dia pak itam.



steady je muka





 sementara menunggu giliran...



tenangkan pak itam, supaya tak buat hal masa sembelih nanti..

okay,lepas pak itam giliran lembu andak pula..


lembu andak paling muda,tanduk pun baru nak tumbuh.

terbaring dah




lepas itu berhenti rehat sekejap,penat..nak tumbangkan lembu sudah satu hal,tenangkan lagi barulah boleh sembelihkan lembu.



penat ok!




lepas 15-20 minit kami sambung lagi sesi menyembelih lembu,lembu mak,abah dan kak ju giliran yang ke tujuh.








mak dan abah takut darah jadi sebelum lembu ini di sembelih mak dan abah ambil la kesempatan bergambar nanti bila sudah di sembelih tak  boleh nak tengok dah. lembu ini paling jinak tak payah nak tumbangkan ke apa dia sendiri serah diri baring kat atas tanah. orang pun tak perlu susah payah nak uruskan.

ini pula gambar sekitar majlis Qurban dan Aqiqah


andak n radzwa











barisan kepala lembu





yang putih lembu mak,abah dan kak ju




kepala kambing yang ada




belakang tabir




sesi lapah,potong dan bungkus




daging yang siap di potong




habis sembelih gagak pun datang



tanah selepas sembelih



juadah yang di sediakan untuk makan tengah hari



jumlah bungkusan lembu



jom balik bawak bahagian lembu qurban untuk rumah (berat tu)


malam pula kami buat majlis makan-makan sikit,baca doa kesyukuran sempena anak kedua andak Rauhah binti Ahmad Zainan.

Menu : Nasi matlubah(nasi arab) + sup ekor


itu sahaja..walaupun saya tak dapat nak sembelih lembu yang saya Qurban tapi saya berpuas hati juga sebab saya dapat beberapa ilmu yang berguna bila nak sembelih binatang Qurban. insya Allah kalau ada kesempatan saya kongsi dengan semua.

insya Allah, kalau ada rezki saya nak Qurbankan kambing pula.

p/s : gambar kambing ngah dan zuhdi tak ada sebab diorang punya Qurban 'special case' buat di Amerika.

 sekian..= )




Friday, October 26, 2012

berhenti..jangan lari!



Assalamualaikum..

Pertamanya, saya nak ucap selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua umat islam yang dapat menyambut sambutan raya. Pagi tadi dalam sibuk hendak ke masjid untuk solat raya terdengar laporan berita dari akhbar yang dibaca oleh pengacara di TV mengenai di Negara Syria tiada sambutan Qurban akibat dari pergolakan yang berlaku di Negara kita.

Tumpang sedih dengan nasib mereka di sana, Alhamdulillah kita di Malaysia ini masih boleh menyambut hari raya dan ibadah Qurban. Tempat saya ibadah Qurban akan di buat pada hari sabtu (27/10) untuk mengelak kelam kabut solat Jumaat.

Kami sekeluarga ada satu memori manis yang tak dapat dilupakan mengenai ibadah Qurban. Peristiwa ini berlaku pada tahun 80-an(saya tak lahir lagi), abah bercerita pada hari orang taman  buat aktiviti sembelihan binatang Qurban dua ekor lembu  telah Berjaya melarikan diri dari ikatan maka orang ramai pun panic dan cuba untuk menangkap lembu yang lari.




Sesi kejar –mengejar pun berlaku,Dari dua ekor lembu yang terlepas ikatan itu hanya satu ekor  yang Berjaya di tangkap dan di bawa balik ke masjid untuk di sembelih. Mana lagi seekor?ha..seekor lagi lembu ni Berjaya meloloskan diri dari orang ramai,abah yang ketika itu pun turut sama mengejar lembu itu memberi idea kepada orang ramai supaya di kepung lembu itu dan halakan ke satu rumah dan rumah kami di jadikan pilihan(masa itu ada sedikit tanah lapang dan pokok di tepi rumah).

Pintu rumah dibuka, lembu itu pun di kepung beberpa orang menjaga satu tempat manakala beberpa orang lagi menjaga tempat lain pula dan setelah beberapa kali mengejar dan mengepung  akhirnya orang ramai Berjaya membuatkan lembu yang lari itu masuk ke rumah kami. Selepas itu lembu tersebut di beri makan(penat kot berlari) dan terus sahaja di sembelih di rumah kami malah kesemua aktiviti dari melapah,potong-potong dan bungkus  dilakukan di rumah kami,maklumlah nak bawa balik semula ke masjid dan jadi satu kerja pula.



Pada tahun itu ,dalam sejarah taman seekor lembu Qurban telah di sembelih di rumah kami manakala lembu-lembu lain di sembelih di masjid. Harap esok tak ada apa-apa yang berlaku dan semuanya berjalan lancar.insya allah..

Sekian..= )