Showing posts with label periksa. Show all posts
Showing posts with label periksa. Show all posts

Monday, July 8, 2013

sedih itu lumrah





Assalamualaikum..

Musim peperiksaan…

Banyak yang kita belajar,banyak juga soalan-soalan yang keluar diluar jangkaan. Rasa tertekan dan sedih pasti ada bukan? Lumrah Perasaan manusia,ianya bersifat tidak tetap dan berubah kalau pagi kita boleh gembira suka..em, tak perlu tunggu petang selang 10 minit dapat telefon yang menyatakan rumah kita di rompak terus rasa tak tentu arah..terus hilang rasa gembira dan suka tadi.

Sedih itu satu perasaan malah nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam juga pernah dirundung perasaan sedih. Pernah dengar kisah mengenai tahun kesedihan? Tahun kesedihan adalah tahun di mana nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam kehilangan dua(2) orang kesayangan baginda. Di pendekkan cerita bagi merawat duka di hati nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam Allah telah hantar buraq untuk menjemput baginda untuk di bawa berjumpa dengan Allah sendiri supaya dapat menenangkan hati baginda yang masih sedih. Seperti mana ayat di bawah. 


http://www.surah.my/assets/s017/a001-1fd51eb059add4c1e312d8fbe10c80fb.png


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(isra' 17:1)

Kalau kita renungkan kembali apa yang telah Allah firmankan dalam ayat ini. Untuk menenangkan hati baginda yang sedih, Allah telah bawa baginda dari satu masjid ke satu masjid sebelum baginda di bawa naik ke langit lalu berjumpa dengan Allah.

Untuk insan yang maksum tiada dosa pun Allah bawa baginda ke masjid untuk tenangkan hati baginda. Jadi, bagi kita yang tak terlepas dari dosa dan noda sepatutnya ambil iktibar dan fikir kembali bila datang kepada kita rasa sedih,gusar malah gembira kepada siapa dahulu kita kongsi dan apa yang kita buat dengan apa yang kita hadapi itu?

Masjid/surau adalah rumah Allah tempat yang mulia malah di situ juga ada suasana para malaikat yang sentiasa taat akan perintah Allah. Mudah-mudahan bila kita pergi tempat yang betul,pada masa yang betul dengan membuat perkara yang betul dapat mendidik jiwa kita agar terus berharap dan meminta pada yang ESA.



p/s : malam ini akan di umumkan waktu kita mula berpuasa. Ya Allah, sampaikanlah aku kepada bulan ramadhan.



Sekian..= )


Thursday, June 27, 2013

berkirim surat waktu pekse



Assalamualaikum..

Tahukah anda antara cara nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam menyamapaikan amanat dakwah adalah dengan melalui surat.keterangan LANJUT

Kelmarin saya belajar-belajarlah berkirim surat dengan mak dan abah di skudai sebab apa yang saya faham sesuatu yang nabi buat,amal dan tunjuk adalah satu sunnah. Setiap sunnah pasti ada kejayaan.



Bila benda tak pernah buat jadi nak mengarang surat pun Nampak kekok sediit tapi apa yang saya selitkan dalam surat bertanya khabar, terangkan keadaan saya di sini dan mohon restu dan doa dari mereka serta saya selitkan sekali jadual peperiksaan yang bakal saya hadapi.
Pagi tadi telefon mak di rumah surat sudah sampai dan seperti biasa tazkirah pagi akan diberi secara percuma dan tak perlu di minta. Bila musim peperiksaan ini mak selalu baca doa dan suruh saya amalkan selesai sahaja mak baca doa tersebut saya terus kata “mak nanti bacakan doa tu bagi pihak zaki ye dalam doa mak lepas solat nanti” dan pagi ini,se mini baru saya salin dan amati doa mak yang mak selalu baca

1                    doa nak Berjaya dalam peperiksaan
allahumma najjihna fil imtihan bisirqaulikal Qadim

 A124
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

Baca yang arab sampai imama sahaja.maknanya sampai yang saya “highlight”


2                    doa ketika mahu belajar(nak pahamkan sesuatu)






* yang ini panjang skit,mak ajar sampai sebelum akrimni sahaja.

jadual yang saya bagi pun mak dan abah sudah letak di tempat-tempat yang mudah Nampak. Mudah-mudahan dengan doa mak dan abah zaki dapat jawab periksa dengan jayanya di sini.

Ini jadual periksa saya..doakan ye?



 

Doa sudah ada, bila nak belaja ni?huhu..okay jom belaja.


Sekian..= )