Showing posts with label ustaz. Show all posts
Showing posts with label ustaz. Show all posts

Monday, May 26, 2014

belajar dulu baru k....



Assalamualaikum…

Kenal tak ustaz Umar Muhammad Noor?

Hehe..berkerut lidah nak mikir siapakah gerangan ustaz ini. Saya mengenali ustaz ini melalui buku beliau yang di syor kan oleh Ustaz Zahazan(yang ini pasti ramai yang kenal) yang bertajuk Rasul Mulia, Umat mulia, Akhlak Mulia. Ustaz Zahazan kata buku itu bagus untuk di baca dalam kita nak membentuk akhlak.




Saya terus ingat Tajuk buku itu dan cari di kedai buku. Sekali baca terus hendak baca kerana kandungan dalam buku itu dalam bentuk penceritaan kerana saya lagi mudah ingat cerita berbanding fakta. Malah buku yang beliau tulis juga banyak memberi motivasi.Alhamdulillah.

Selain dari itu, baru-baru ini saya beli lagi buku karangan beliau yang bertajuk ‘IKON SYABAB’. Kalau ikut tajuk sahaja kita sudah tahu yang buku ini khas untuk pelajar dan juga remaja. Buku ini nipis sahaja tidak setebal Buku Hijau saya hanya ambil masa yang singkat sahaja untuk habiskan membacanya.

ade iras-iras tak muka ustaz ni dengan saya?


Antara Ibrah(wah..sudah lama tak pakai ayat ini) yang saya dapat ialah.
1-    Betapa berharganya usia muda yang kita ada.waktu muda adalah waktu kita boleh buat banyak perkara.
2-    Motivasi untuk menjadi pelajar yang baik dan cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian ilmu.
3-    Tips untuk menambah baik(added value) sebagai pelajar.

Dan banyak lagi..konsep buku ini sama seperti buku hijau di atas iaitu konsep cerita atau mengambil kisah ulama-ulama silam sebagai contoh.sangat menarik dan santai. Untung siapa yang belajar baca buku ini. Zaman belajar saya sudah habis.= )

Oh, sebelum terlupa dalam buku ini ustaz ada pesan. Bagi yang masih belajar pasti banyak dugaan yang datang ,macam-macam dugaan dan ujian dan antara yang biasa kita dengar bagi pelajar IPT ialah KAHWIN waktu belajar. Beliau kata habiskanlah dulu belajar kerana jika seseorang itu sudah berkahwin dia akan sukar untuk focus. Beliau ada kaitkan dengan beberapa orang ulama seperti imam Ahmad bin hanbal yang berkahwin ketika berusia 4o tahun! Dek kerana cinta dan mahu focus dengan Ilmu.

Hurm..baru terasa kenapa Mak dan Abah beriya suruh saya habiskan belajar dahulu sebelum fikir soal jodoh dan perkahwinan. Ape pun, zaman belajar adalah zaman yang seronok. Walaupun sentiasa stress dengan belajar tetapi semua itulah nikmat dalam alam belajar.



p/s : maaf kalau macam memaksa sebelum ini. Mood : redha..

sekian..= )


Wednesday, February 12, 2014

Relax ar Brader



Assalamualaikum..

Pada suatu petang saya bersama ustaz saya pergi ke Bandar mencari keperluan.sesudah selesai membeli kami tiba di satu persimpangan ketika itu laluan agak sibuk kerana banyak kereta. Saya toleh ke kiri dan kanan lalu terus berkata” ha ustaz, lepas keta ni ustaz terus keluar.lepas ni, in Shaa Allah.” Ustaz senyap tak berkata di tunggunya sampai jalan agak lenggang barulah dia jalan

Dalam perjalanan ustaz kata pada saya “
LIKULLI SYAI IN WAKTIN”(setiap sesuatu ada waktunya)."tak payah risau zaki.setiap sesuatu tu bila sudah sampai masa dia datanglah".itulah kata-kata ustaz ringkas tapi padu!memang waktu itu saya agak kelam-kabut,gopoh tak boleh menunggu darah mudalah katakana(sekarang pun muda lagi!)

Jadi,kita sebenarnya perlu sedar Allah sudah tetapkan segala-galanya dalam satu hadith (mafhumnya)Allah sudah tetap setiap keperluan manusia ini sebelum dia dilahirkan lagi.



Bila kamu inginkan kebahagian..kebahagiaan pasti akan menjelma

Bila masalah datang sampai masa masalah itu akan berlalu pergi

sesuatu benda/perkara dia akan jadi juga mengikut masa yang telah ditetapkan

Begitu  juga dengan lain-lain perkara.usahlah risau.bertenanang dan terus berdoa.

p/s : dah lama tak melawat ustaz..


Sekian..= )

Tuesday, January 21, 2014

kasyaf



Assalamualaikum..

Dulu masa di SMAKJ  saya ada seorang ustaz,budak-budak selalu cakap “ustaz ini ada kasyaf”. Kami semua siap takut nak lalu di depan beliau takut-takut dia boleh “baca” apa yang telah/pernah kita buat.bertentang mata?huh bila beliau datang semua pelajar akan jadi tawaduk je masa itulah semua akan jadi baik sekajap baca quranlah,buat-buat baca bukulah asalkan ianya berfaedah dan tak menimbulkan syak wasangka.heee.

KASYAF 

Apa yang ada tahu pasal kasyaf?sebelum ini saya ingat hanya orang-orang tertentu sahaja yang dikurniakan dengan anugerah itu tapi bila saya bermusafir ke Negara orang baru saya dapat sedikit ilmu pasal perkara ini.

Mengikut para ulama, kasyaf bukanlah dalil kesempurnaan agama seseorang dan bukan penyebab untuk hampir pada Allah. Sesiapa yang bermujahadah dan melawan nafsu akan  mendapat kasyaf tersebut tidak kira sama ada dia hampir pada Allah atau tidak. Oleh kerana itu,para ulama berpendapat bahawa kasyaf bukanlah satu perkara yang penting bahkan boleh membawa kepada kemudaratan.

‘Allamah Sha’rani rah. Menulis di dalam kitab al-Mizan ul-Kubra bahawa apabila imam Hanifah rah. Melihat sesorang berwuduk maka dia mengetahui apakah dosa-dosa yang gugur melalui air wuduk yang digunakan. Beliau juga akan mengetahui bahawa dosa tersebut kecil atau besar, makruh atau khilaf ul-aula sebagaimana benda-benda zahir kelihatan pada pandangan orang biasa.

Pada suatu masa, beliau berada di tempat wuduk Masjid Jamek Kufah.  Seorang pemuda sedang berwuduk di situ. Beliau mememerhati air wuduk yang mengalir daripada anggota pemuda tersebut. Lalu dengan cara sembunyi-sembunyi beliau menasihati pemuda tersebut “wahai anak, bertaubatlah daripada mendurhakai kedua-dua ibu bapa kamu”.  Anak muda itu pun bertaubat. Beliau melihat seorang yang lain lalu menasihatinya “wahai saudara, janganlah berzina, ia adalah perbuatan yang keji”. Maka pada ketika itu orang tersebut juga bertaubat daripada zina. 

gambar hiasan


Beliau Nampak kesan-kesan minum arak dan berpoya-berpoya pada air wuduk daripada seorang yang lain. Orang itu juga dinasihati dan dia juga bertaubat. Di pendekkan cerita, selepas itu Imam Abu Hanifah rah. Berdoa kepada Allah. “wahai Allah, jauhkanlah kasyaf daripadaku, kerana aku tidak mahu mengetahui keburukan orang ramai”. Allah telah menerima doa beliau dan kasyaf itupun hilang.

Dikatakan pada masa kasyaf itulah Imam Abu Hanifah rah. Memberi fatwa bahawa air musta’mal adalah tidak suci. Apabila beliau Nampak air tersebut kotor dan busuk bagaimana mungkin beliau boleh menghukum air tersebut sebagai air yang suci? Setelah kasyaf itu hilang beliau telah menarik balik pendapatnya itu.

Sekian..=)  


Wednesday, October 24, 2012

nyah kau dari sini


Assalamualaikum..

Kalau anda rasa takut dengan ‘sesuatu’ apa yang anda buat?

1.lari dari tempat itu

2. pengsan  

3.buat-buat tak tahu(wah! Hebat..)

4. menangis dan menjerit

Saya ini bukanlah seorang yang sangat berani malah bukan juga seorang yang pengecut,Cuma kadang-kadang perasaan macam ini muncul tanpa kita undang.

Saya ada satu tips/cara macam mana kita nak kurangkan perasaan kita ini, benda ini saya dapat dari ustaz saya, mungkin orang lain juga boleh gunakan bila perkara yang sama berlaku pada diri kita.

Okay, macam mana saya hilangkan perasaan takut saya dengan ‘sesuatu’



1.    Bila datang perasaan takut itu tukarkan perasaan takut itu kepada takut kepada Allah.

2.    Cakap pada diri kita bahawa yang patut kita takut hanyalah Allah.

3.    Makhluk ini tak dapat bagi apa-apa menafaat dan mudarat pun pada kita tanpa kehendak dan izin dari Allah.




Itu sahaja,ini bila perasaan takut akan ‘sesuatu’ datang tapi saya rasa boleh juga kita gunakan untuk perkara-perkara yang lain Cuma kita tukar sahaja sebab /subjek mengikut keadaan dan situasi kita.

Ingat! Diri kita biarlah diri kita yang kawal jangan biarkan sesiapa yang mengawalnya.gunakan minda kita untuk kawal anggota badan kita dan sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik untuk elakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.



Anda Boleh!

p/s : esok (25/10/2012) bersamaan dengan 9 dzulhijjah adalah hari Arafah. disunatkan berpuasa. jom!

Sekian..= )