Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, February 17, 2014

ilmu beharga


Assalamualaikum..


Abah sangat-sangat pentingkan ilmu,apa sahaja yang anak-anak dia minta yang berkaitan dengan ilmu pasti dia akan ‘sponsor’.kalau ilmu yang kami nak dapatkan itu agak mahal abah akan sedaya upaya usahakan apa yang anaknya minta/inginkan dapat diperoleh.


 Tapi antara yang ilmu yang abah sangat-sangat titik beratkan antara kami adik beradik ialah ilmu berkaitan al-quran. Kami adik beradik akan dipastikan untuk khatam Al-Quran seawal mungkin dan jika saya tak silap,saya telah khatam Al-Quran dalam lingkugan umur 8-9 tahun. Malah,setiap kali bulan Ramadhan abah akan ingatkan kami untuk khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali di bulan yang penuh berkah itu.



Abah pula memang seorang yang selalu berdamping dengan Al-Quran saya saya tak pernah tengok orang yang lebih kerap berdamping dengan Al-Quran sekerap abah. Dalam sehari abah akan habiskan 3juz sekurang-kurangnya.jadi, boleh bayangkanlah dalam sebulan itu berapa banyak abah telah khatamkan Al-Quran.

Dua tiga hari lepas ketika saya baca ta’lim di rumah,saya terbaca satu perkara yang memberansangkan dan sangat bangga dengan apa yang  telah tarbiah dan didik kami adik beradik. Petikan itu adalah seperti berikut:

“dalam syarah-Ihya-Ulumuddin terdapat senarai orang yang akan di beri perlindungan di bawah naungan Arash Allah pada hari pengadilan yang mengerunkan antara mereka adalah orang mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar Al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca Al-Quran apabila sudah dewasa”



Alhamdulillah..saya rasa memang sangat beruntung kerana Allah telah beri saya satu  ilmu dan juga nikmat yang sangat berharga yang tak boleh di tukar ganti.ni semua hasil dari keprihatinan Abah yang tak pernah jemu untuk ingat kami adik-beradik. Al-Fatihah untuk Abah..


ha,awak da baca quran belum?


Sekian..= )



Tuesday, January 21, 2014

kasyaf



Assalamualaikum..

Dulu masa di SMAKJ  saya ada seorang ustaz,budak-budak selalu cakap “ustaz ini ada kasyaf”. Kami semua siap takut nak lalu di depan beliau takut-takut dia boleh “baca” apa yang telah/pernah kita buat.bertentang mata?huh bila beliau datang semua pelajar akan jadi tawaduk je masa itulah semua akan jadi baik sekajap baca quranlah,buat-buat baca bukulah asalkan ianya berfaedah dan tak menimbulkan syak wasangka.heee.

KASYAF 

Apa yang ada tahu pasal kasyaf?sebelum ini saya ingat hanya orang-orang tertentu sahaja yang dikurniakan dengan anugerah itu tapi bila saya bermusafir ke Negara orang baru saya dapat sedikit ilmu pasal perkara ini.

Mengikut para ulama, kasyaf bukanlah dalil kesempurnaan agama seseorang dan bukan penyebab untuk hampir pada Allah. Sesiapa yang bermujahadah dan melawan nafsu akan  mendapat kasyaf tersebut tidak kira sama ada dia hampir pada Allah atau tidak. Oleh kerana itu,para ulama berpendapat bahawa kasyaf bukanlah satu perkara yang penting bahkan boleh membawa kepada kemudaratan.

‘Allamah Sha’rani rah. Menulis di dalam kitab al-Mizan ul-Kubra bahawa apabila imam Hanifah rah. Melihat sesorang berwuduk maka dia mengetahui apakah dosa-dosa yang gugur melalui air wuduk yang digunakan. Beliau juga akan mengetahui bahawa dosa tersebut kecil atau besar, makruh atau khilaf ul-aula sebagaimana benda-benda zahir kelihatan pada pandangan orang biasa.

Pada suatu masa, beliau berada di tempat wuduk Masjid Jamek Kufah.  Seorang pemuda sedang berwuduk di situ. Beliau mememerhati air wuduk yang mengalir daripada anggota pemuda tersebut. Lalu dengan cara sembunyi-sembunyi beliau menasihati pemuda tersebut “wahai anak, bertaubatlah daripada mendurhakai kedua-dua ibu bapa kamu”.  Anak muda itu pun bertaubat. Beliau melihat seorang yang lain lalu menasihatinya “wahai saudara, janganlah berzina, ia adalah perbuatan yang keji”. Maka pada ketika itu orang tersebut juga bertaubat daripada zina. 

gambar hiasan


Beliau Nampak kesan-kesan minum arak dan berpoya-berpoya pada air wuduk daripada seorang yang lain. Orang itu juga dinasihati dan dia juga bertaubat. Di pendekkan cerita, selepas itu Imam Abu Hanifah rah. Berdoa kepada Allah. “wahai Allah, jauhkanlah kasyaf daripadaku, kerana aku tidak mahu mengetahui keburukan orang ramai”. Allah telah menerima doa beliau dan kasyaf itupun hilang.

Dikatakan pada masa kasyaf itulah Imam Abu Hanifah rah. Memberi fatwa bahawa air musta’mal adalah tidak suci. Apabila beliau Nampak air tersebut kotor dan busuk bagaimana mungkin beliau boleh menghukum air tersebut sebagai air yang suci? Setelah kasyaf itu hilang beliau telah menarik balik pendapatnya itu.

Sekian..=)  


Sunday, May 19, 2013

belajar dan terus belajar

Assalamualaikum..

Semalam baru sahaja lepas hadir program ‘finishing school’. Program wajib hadir untuk semester ini sebelum majlis pra-graduan(saya rasa). Apa yang kami buat semasa sesi finishing school tadi sekadar pencerahan buat kami tentang macam mana hendak membuat resume dan perkara-perkara yang perlu di tekankan semasa hendak hadir ke temuduga kerja.

Finishing school.




Hari khamis lepas seorang ustaz dalam memberi tazkirah di surau  tempat saya ada menyebut bahwa hadith yang berbunyi “belajarlah ilmu walaupun/sehingga ke negeri china” adalah satu hadith yang di reka/palsu (hadith maudhuk). Jadi selepas ini jangan guna lagi hadith ini mungkin boleh guna hadith yang ini. apa yang penting kita kena sentiasa sematkan dalam diri bahawa kita nak belajar. kalau tak,tak kemana pun pun kita. ilmu Allah itu banyak kalau tak dapat secara formal mungkin boleh dapatkan secara 'informal' yang penting BELAJAR

Masa tinggal lagi dua bulan sahaja yang berbaki bagi saya yang akan menghabiskan dunia mahasiswa ijazah sarjana muda tidak lama lagi.

, bersediakah saya untuk menghadapi hari yang mendatang?




Kalau nak di ikutkan banyak lagi yang saya tak buat,banyak lagi perkara yang saya tak sentuh lagi,malah lebih banyak yang perlu di betulkan dari yang sudah sedia betul.

Em..orang kata kita usaha dahulu apa yang termampu dan Allah akan buat apa-apa yang kita tak mampu yang penting kita kenalah selalu tawajuh dan yakin dengan janji Allah. In Shaa Allah..ada rezki tak kemana.

Sekian..= )